Saturday, September 10, 2011

Perkara Yang Lelaki Lakukan Apabila Patah Hati

Kebanyakan wanita mengatasi patah hati dengan menangis atau bercerita kepada teman2nya. Dalam hal ini, wanita memang lebih cenderung menunjukkan kesedihannya. Sedangkan bagi lelaki, biasanya mereka enggan membicarakan kisah sedihnya kepada orang lain. Lelaki lebih suka mengalihkan perhatiannya ke hal2 lain. Tetapi apa saja yang dilakukan pria untuk meredakan sakit hatinya ya ? Nak tahu ? Jom baca perkara yang lelaki lakukan apabila patah hati.

1. Berkumpul dengan teman-teman
Saat patah hati, lelaki biasanya akan mencari teman atau berkumpul bersama sahabat2nya untuk melupakan apa yang berlaku tetapi tidak menceritakan kepada sahabat2nya yang dia patah hati.

2. Mencari teman / kekasih baru
Ada sesetengah lelaki mengatasi patah hatinya dengan cuba melupakan bekas kekasih secepat mungkin dengan mula mencari teman / kekasih baru hanya untuk menghapus kenangan lama bersama kekasih lama.

3. Menyibukkan diri
Sebagian besar lelaki berusia 30 an mengatasi patah hati dengan bekerja di pejabat sampai larut malam. Biasanya menyibukkan diri di pejabat dapat melupakan apa yang berlaku.

4. Menonton TV
Saat patah hati, lelaki biasanya akan menonton TV seharian walaupun tidak ada program yang menarik baginya. Walaupun tiada program yang menarik namun lelaki akan memaksa dirnya menonton TV untuk melupakan apa yang berlaku.

5. Bersukan
Bersukan juga dijadikan pilihan bagi lelaki untuk menghapuskan rasa sedih kerana putus cinta. Bagi lelaki sakit yang dirasakan pada tubuhnya ketika bersukan diharapkan akan mengalihkan rasa sakit hatinya.

6. Berkelana
Sebagian lelaki pula lebih suka berkelana. Mereka tak peduli ke tempat yang dekat atau jauh, sekurang2nya perjalanan itu dapat mengusir kesedihan dan berharap dapat bertemu teman baru. Lain padang lain belalang. Tak semua lelaki lakukan perkara seperti di atas. Mungkin ada juga yang melakukan perkara yang lebih extreme seperti bungee jumping atau terjun bangunan. Terpulanglah pada indiividu itu sendiri. Apa-apa pun, perlu di ingatkan bahawa bunga bukan sekuntum. Kalau jodoh kita bukan bersama dia mungkin ada sebabnya Tuhan mahukan kita bertemu dengan orang yang betul selepas itu.

No comments: