Dengan keadaan di Yahoo! yang kelihatan tidak begitu stabil, kini ianya mula kedengaran ura2 awal memperkatakan yang mana Microsoft kini dalam perbincangan awal untuk mengambil-alih dan membeli Yahoo!. Semestinya, dengan enjin Yahoo! yang kini dijana oleh Microsoft, penyertaan Yahoo! bersama Microsoft lebih menarik berbanding AOL. Sebelum ini sendiri, Microsoft pernah menawarkan untuk membeli Yahoo!, namun ianya telah ditolak oleh pihak Yahoo!, dimana kemudiannya melalui pertukaran CEO baru, Yahoo! telah menandatangani perjanjian bersama2 Microsoft, dimana Bing akan menjana Yahoo! untuk suatu tempoh. Kini, dengan pemecatan CEO Yahoo! yang lama, ura2 berkaitan pembelian mula kedengaran kembali. Buat masa ini, ianya kelihatan yang mana tiada sebarang teknologi spesisfik yang mungkin menarik minat pihak Microsoft, selain daripada emel dan juga Yahoo! Messenger yang masih kekal popular sehingga kini.
Tuesday, September 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment