Sunday, September 11, 2011

Gunakan Perkataan Tidak Secara Berhemah Di Tempat Kerja

Ada empat pekara yang saudara perlu ingat semasa berkata ' tidak untuk sesuatu perkara ' . Sekiranya saudara dapat memahirkan diri berkata 'tidak', sudah tentu orang lain tidak akan menyusahkan saudara lagi.

1. Beri alasan
Sekiranya saudara menolak mentah-mentah tanpa sebab dan alasan, sudah pasti saudara dikenali sebagai orang yang malas walaupun saudara menolak kerana kerja-kerja saudara yang sememangnya sudah banyak. Oleh itu, sebelum mengucapkan perkataan 'tidak' kenal pasti kenapa saudara terpaksa berkata demikian dan jelaskan kepadanya

2. Berdiplomasi
Ada risiko apabila saudara mengatakan 'tidak'. Biasanya ia menyebabkan pihak lain kecil hati, bahkan ada yang marah. Oleh itu, jangan mengunakan perkataan ini sewenang-wenangnya. Gunakan kaedah diplomasi. Gunakan akal yang bijaksana.

3. Cadangkan alternatif bagi mengimbangkan penolakan
Sekiranya saudara tidak lagi berdaya berkata 'ya' , jangan sekali-sekali mengabaikan orang yang meminta itu. Cube membantu setakat yang mampu bagi mengimbangi penolakan saudara. Saudara boleh mencadangkan orang lain yang lebih layak contohnya, ataupun mencadangkan direktori dimana dia boleh mendapatkan lebih banyak senarai nama yang dapat membantu.

4. Jangan menangguhkan keputusan
Tentu saudara pernah mendengar ornag berkata," hmmmm....nantilah aku fikir dulu ". Kata-kata begini sebenarnya tidak mengembirakan orang yang meminta, bahkan kadangkala menimbulkan rasa kurang enak. Biasanya orang menangguhkan keputusan kerana mereka tidak berani berkata 'tidak' . Selepas beberapa hari kemudian, baru dia memberi pelbagai alasan yang direka-reka. Sekiranya ini yang saudara lakukan, saudara pasti dicemuh oleh orang. jangan jadi pengecut. Buat keputusan segera dan nyatakan dengan berdiplomasi.

No comments: