Wednesday, September 7, 2011

Malaysia Adalah Jantung Hati Dunia

Saya percaya ramai readers blog saya nie datangnya dari Malaysia. Kalau usha kat traffic pUn yang dari luar negara tu pun maybe Malaysian juga kan. Saya mula terpikir pasal negara kita yakni Malaysia, bukan dari segi permasalahan politik, ekonomi mahupun sosial tetapi terfikir mengenai Malaysia ni secara keseluruhan. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh terfikir pasal benda ni. Maybe sebab bosan duduk dalam bas tu sambil dengar mp3 kot. Ada banyak sebab kenapa saya kata 'Malaysia Adalah Jantung Hati Dunia'

1. Sebab yang pertama :-
Semua orang Melayu ialah orang Islam. Betul kan ? Mana ada Melayu yang dilahirkan bukan Islam. Yang ada cuma Melayu yang tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya, tetapi apa2 hal pun dia masih dilahirkan Islam pada awalnya. Hal ini terjadi kerana Sultan2 pada zaman dahulu telah menetapkan bahawa semua Melayu haruslah Islam. Jika begitu, maknanya Malaysia merupakan sebuah negara Islam sepenuhnya pada asalnya kerana dahulu Malaysia digelar Tanah Melayu. Jika nak dibangdingkan dengan negara Islam yang lain seperti di negara2 timur tengah dimana ajaran Islam berasal, ada juga kaum arab yang bukan beragama Islam walaupun mereka menggunakan bahasa Arab iaitu bahasa Al-Quran kan. Ok itu faktor pertama yang saya dapat fikirkan.

2. Sebab yang kedua :-
Malaysia merupakan negara Islam paling aman. Ok hal ini memang terbukti ditambah pula dengan kejatuhan sistem pentadbiran politik serta tahap sosial yang rendah di negara2 timur tengah seperti Libya, Mesir, Irag, Palestin serta negara2 lain. So kalau dilihat secara kasarnya, Malaysia ibarat jantung dunia dimana kalau Malaysia jadi seperti negara2 lain, maka hancurlah seluruh dunia kerana Malaysia adalah jantung. Samalah keadaan dia seperti badan manusia, kalau jantung rosak, maknanya seseorang itu akan mati tetapi kalau organ lain yang rosak, masih ada harapan untuk hidup kan. Tambahan pula Malaysia terdiri dari pelbagai kaum bukan mudah untuk mendamaikan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum ni kerana mempunyai fahaman yang berbeza serta ada yang beranggah. Namun di Malaysia semua itu mampu diketepikan demi mencapai keamanan. Lagi satu bentuk negara Malaysia dalam peta pun nampak seolah2 macam jantung kan. Yang ini saya terbaca kat satu blog tu, cuba korang tengok sendiri ye.

3. Sebab yang ketiga :-
Islam diagungkan sebagai agama rasmi. Perkara ini memang dah termaktub dalam perlembagaan Malaysia sendiri. Agama Islam sebagai agama rasmi negara. Bab Melayu pula diberi keistimewaan, bendera Malaysia pun mempunyai lambang yang mencerminkan Islam iaitu bulan sabit dan bintang. Dalam jata negara pun simbol bulan sabit dan bintang berada paling atas. Agama Islam sentiasa diagungkan di Malaysia. Walaupun ada segelintir pihak yang cuba mahupun telah mencaci serta menghina dan merendahkan martabat agama Islam, namun perkara itu dapat dibendung serta dihentikan kerana terdapatnya peraturan yang ketat mengenai perihal menghina agama lain. Malahan dalam Islam sendiri pun kita tidak dibenarkan menghina agama lain mahupun memusnahkan tempat ibadat agama lain, kerana itu merupakan tempat terakhir bagi sesuatu agama serta kepercayaan untuk memohon pertolongan dari tuhan mereka. Ini semua sekadar apa yang saya fikirkan laa, bukan betul pun, tapi tak tahulah kalau memang betulkan. Sebarang pembetulan sangat2 dialu2kan.

6 comments:

Anonymous said...

teori apa ni cakap malaysia jantung dunia? malaysia negara islam paling aman? sekarang ni jgn cakap pasal negara islam la bro. malaysia pada dasarnya bukan negara yg mengamalkan undang2 islam. syiar je yg dilaung2kan. hakikatnya utk menuju ke arah negara islam masih terlalu jauh.

nak kata malaysia negara islam paling aman.. hmm... adakah kuwait bergolak? adakah qatar bergolak? adakah UAE bergolak? adakah arab saudi bergolak? adakah brunei bergolak? takde kaann.. so.. jgn la nak kata malaysia ni satu2nya negara islamlah sangat yg paling stabil. teori ko ni boleh memesongkan pemahaman org lain yg baca. sedangkan ko sendiri sesat lagi nak sesatkan org lain.

sejarah kesultanan melayu yg ko tau pun cuma celah taik gigi je.. lagi nak buat teori mcm2.. nak buat teori konspirasi.please la..

nik hadif said...

Betul malaysia jantung dunia..

rilex je.... said...

Bodohkah anda..walaupun betul malaysia ni tak sekuat mana2 negara islam dunia yang lain tapi malaysia tetap menjaga islamnya..ni terbukti banyak sheikh2 ustaz2 dari dunia luar kagum malaysia masih memelihara islam dengan baik dan diakui negara islam lain..

rilex je.... said...

Klau bodoh jangan komen ye

Anonymous said...

Tulah kan

Anonymous said...

Disitu adanya Aku...Hati Tuhan...malikinnas...