Friday, September 9, 2011

Linux Baru Buatan Malaysia

Seperti yang kita tahu, kemunculan distro Linux bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan dan banyak pengguna windows telah beralih kepada sistem pengoperaasian Linux. Oleh kerana OS ini adalah opensource, maka kewujudannya amat banyak sekali hingga menyukarkan kita untuk memilih distro yang sesuai dengan kehandak kita. Namun begitu, masih ramai lagi yang memilih untuk menggunakan Linux yang utama seperti Debian, Slackware dan RedHat. Tetapi saya memilih untuk menggunakan Ubuntu kerana memang mesra pengguna bagi yang baru berubah daripada Windows ke sistem pengoperasian Linux.

Bercakap tentang distro Linux, meh saya nak cakap sikit antara chain yang terpanjang dalam distro. Antara chain terpanjang adalah Debian > Knoppix > Kurumin > Dizinho > NeoDizinho > Patinho Farminto. Itu adalah salah satu chain terpanjang yang saya jumpa dalam Linux. Dan ini menyukarkan kita untuk memilih distro yang the best untuk kegunaan kita sendiri. Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan kawan2 saya lebih gemar menggunakan Ubuntu kerana sebab yang sama dengan saya. Ada juga yang menggunakan LinuxMint dimana ianya merupakan distro yang based on Ubuntu.

Saya telah mencuba beberapa jenis distro iaitu Ubuntu, Linuxmint, Fedora, dan openSUSE. Namum begitu, masih ada lagi ISO image Linux lain dalam simpanan saya yang masih belum dapat dicuba iaitu Meego, Moblin, dan Maemo dimana ianya dikhaskan untuk netbook. Dalam percubaan saya menggunakan Linux, yang terbaik adalah Ubuntu. Pada mulanya memang agak kekok untuk menggunakan CLI, namun setelah belajar sikit2 daripada kawan2 yang menggunakan Linux, ada serba-sedikit ilmu dalam OS Linux. Malaysia juga tidak terlepas untuk memulakan OS Linux yang tersendiri.

Disini saya nak memperkenalkan satu Distro Linux yang dibuat sendiri oleh rakyat Malaysia. Dia telah memulakan kajian tentang Distro sudah agak lama dan akhirnya dia berjaya melepaskan Distronya yang pertama dimana masih dalam peringkat beta yang dinamakan Narloo Ribbon OS. Narloo merupakan satu web project yang merangkumi pelbagai jenis element dalam dunia internet. Narloo Ribbon ini mempunyai series yang tersendiri dan yang pertama dikeluarkan adalah Ribbon Curve. Ribbon Curve ini adalah based on openSUSE dan menggunakan desktop environment KDE.

Ribbon Curve ini sesuai untuk pelajar, office dan juga pengguna internet. Selain itu, Ribbon Curve ini telah mempunyai preinstall application yang popular dalam linux seperti Firefox, Open Office, Gimp, open source games dan banyak lagi. Ribbon Curve ini juga mempunyai desktop environment Gnome yang mana sama dengan Opensuse dan jugak Ubuntu untuk memudahkan pengguna, Selain itu, distro ini juga ringan iaitu dalam 550mb dan ISO nya boleh di-burn dalam CD sahaja. Distro ini telah dilancarkan pada 17 Desember 2010 yang lalu. Untuk maklumat lanjut, layari blog Narloo Ribbon di sini.

No comments: