Thursday, September 1, 2011

Lelaki Ini Hidup Setelah 96 Minit Tanpa Denyutan Jantung

Seorang lelaki berusia 54 tahun sempat berhenti denyut jantungnya selama 96 minit kembali hidup normal tanpa gejala kerosakan saraf atau konsekuensi lain. Demikian dilaporkan oleh Mayo Clinic, Amerika Syarikat. Para petugas di unit kecemasan menggunakan alat kejut jantung dan melakukan CPR terhadap lelaki dengan penyakit jantung tersebut. Para petugas juga menggunakan teknologi bernama kapnografi, yang mengukur jumlah darah yang melewati paru-paru dan organ lain. Dengan mengetahui jumlah darah, petugas medik dapat terus berusaha menyedarkan kembali lelaki itu, kata klinik dalam sebuah pernyataan. Ahli anestesi Dr. Roger White melaporkan bahawa denyut jantungnya kembali secara bertahap. Kapnografi punya peranan besar kerana menginformasikan petugas kalau mereka terus mencuba, orang itu akan selamat, kata White. White juga menyebutkan kalau lelaki ini merupakan lelaki dengan catatan waktu terlama tanpa denyut tapi sedar kembali. Kes ini dapat dijadikan alasan untuk penggunaan kapnografi serta kajian lanjutan dalam bidang itu.

No comments: