Pasaran supercar seperti Lamborghini dan Ferrari mungkin kecil jika dibandingkan dengan pengeluar kereta lain, tetapi setiap model keluaran mereka sentiasa mendapat sambutan. Menurut laporan media, model terbaru Lamborghini Aventador dan Ferrari FF sudah habis ditempah, bermakna kedua2 jenis supercar tersebut yang baru saja dikemukakan kepada umum di Geneva Motor Show 2011 baru-baru ini telah habis dijual. Nampaknya terlalu ramai jutawan bertaraf billionair di seluruh dunia ketika ini yang berlumba2 mengumpul supercar. Harga Lamborghini Aventador ialah USD370,000 (RM1.12 million) manakala Ferrari FF antara USD200,000 ke USD400,000 (RM606,400 ke RM1.21 million). Sebanyak 600-700 Lamborghini Aventador akan dikeluarkan pada tahun pertama jualan, Ferrari pula mempunyai rancangan untuk mengeluarkan hanya 800 unit Ferrari FF. Menurut CEO Ferrari, Luca di Montezemolo, ketika mengumumkan pencapaian jualan di Geneva Motor Show 2011, berkata bahawa mereka telah pun menjual 800 unit Ferrari FF yang dirancang akan dikeluarkan pada tahun 2011. Lamborghini berharap mereka akan mampu menjual Aventador dengan mengulangi kejayaan model sukses sebelumnya, Murcielago yang mencapai jumlah jualan total 4099 unit. Sukar untuk mempercayai berita ini, kereta masih dalam perancangan pengeluaran tetapi sudah habis dijual. Lamborghini dan Ferrari telah mencipta sejarah tersendiri.
Sunday, September 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment