IQ (Intelligence Quotient) atau pun Darjah Kecerdasan merupakan satu bentuk penilaian terhadap kebolehan kita untuk berfikir dan membuat keputusan. Pemarkahan IQ pula bermaksud sistem pengiraan yang diseragamkan untuk membandingkan kebolehan2 tadi, yang ada pada majoriti individu bagi setiap kumpulan umur tertentu. Bagi kebanyakan ahli psikologi, darjah kecerdasan sederhana atau normal adalah dalam lingkungan 95 ke 105 markah. Markah yang diperoleh setiap individu pula mungkin berbeza lebih atau kurang 5 markah daripada markah sebenar memandangkan agak sukar untuk menentukan ketepatan keputusannya. Banyak faktor luaran yang mungkin turut memberi kesan negatif terhadap markah yang diperoleh, seperti keadaan kesihatan diri sewaktu mengambil ujian, suasana tempat ujian dan gangguan2 lain. Markah IQ bukanlah penentu segalanya dalam kehidupan. Banyak lagi kebolehan2 dalam diri yang telah terbukti dapat membawa seseorang itu ke arah kejayaan tetapi tidak dapat diukur melalui markah IQ, seperti kecekapan kerja tangan (Contohnya membuat kraf), bakat muzik dan lain2. Namun, melalui markah IQ yang diperoleh, kita dapat mengetahui kecenderungan diri berdasarkan kebolehan2 tertentu, seterusnya dapat membantu menentukan arah kehidupan yang paling sesuai. Terdapat dua jenis ujian yang digunakan secara meluas di peringkat antarabangsa untuk menentukan IQ seseorang, iaitu Ujian Kecerdasan Stanford Binet yang mula diasaskan pada 1916 untuk kanak2 dan Ujian Wechsler 1939, untuk orang dewasa. Ujian Stanford Binet juga sesuai untuk orang dewasa lingkungan umur 2–23 tahun. Jadi, korang rasa, korang tergolong dalam kategori mana ? Bijak atau genius ? Kalo nak tau boleh cuba try disini. Selamat mencuba !
Monday, September 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment