Sambil menyiapkan migrasi File Server ke NAS, sepanjang minggu ini banyak aktiviti berlaku di "Network Room" yang menempatkan hampir semua perlatan rangakaian setempat dan telekomunikasi. Memang kalau boleh tidak mahu menggangu "Network Cable" yang ada disitu tetapi kerja "House Keeping" perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan ia sentiasa berada didalam keadaan terbaik. Mana2 peralatan yang sudah tidak lagi digunakan, perlulah ditanggalkan daripada rangkaian tempatan. Bila semuanya telah dibersihkan serta tiada yang berselirat, tentunya ia akan nampak kemas. IT Administrator tentu tersenyum puas ! Kalau bagi yang tidak biasa melihat kabel di "Patch Panel" memang boleh buat kepala pening. Bagi yang bekerja di bidang IT terutamanya yang melibatkan rangkaian tempatan dan telekomunikasi, ia merupakan pemandangan lumrah. Lagipun antara ungkapan yang selalu dikatakan pada kawan2 ialah "Kerja Saya Ialah Bermain Dengan Network Cable". Rasanya tidak banyak organisasi yang masih menggunakan "Patch Panel" dalam rangkaian tempatan seperti yang terdapat di pejabat ini. Maklumlah teknologi CAT 5 yang digunakan ini sebenarnya sudah pun berusia lebih 10 tahun. Walaupun sudah lama ia masih berfungsi dengan cemerlang. Memang pihak syarikat akan menggantikannya dengan yang baharu tidak lama lagi. Walaupun ia akan digantikan, kerja2 menyelenggara tidak akan diabaikan kerana masih ada peralatan yang akan terus menggunakanya.
Saturday, September 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment