Thursday, September 1, 2011

Kenapa Facebook & Twitter Gagal Menyumbang Trafik ke Blog

Seperti yang semua bloggers tau, salah satu cara nak mempromosikan blog kita adalah melalui Facebook dan Twitter. Tak hairan sekarang macam2 komuniti bloggers ada dekat Facebook. Memang satu usaha yang baik. Tapi kadang2 kenapa tak ada pun trafik datang dari Facebook atau Twitter walaupun kita dah ping entri dekat semua komuniti bloggers yang ada dekat situ. Kadang2 jumlah fan Facebook dan follower Twitter yang ramai pun belum tentu dapat menyumbang trafik dekat blog kita ?

Content Blog Adalah Senjata Untuk Membina Kredibiliti
Sebenarnya nak tarik trafik melalui Facebook dan Twitter bukan semudah yang disangka. Bukan sekadar create akaun Facebook dan Twitter atau mencari fan dan follower semata2. Cara yang paling efektif semestinya melalui content. Content blog yang kita sampaikan adalah senjata yang paling berharga untuk menarik minat orang lain. Content blog yang kita hasilkan mestilah unik, berguna, berinformasi, menarik, dan kreatif. Kita mesti suka kalau visitor datang ke blog kita setiap kali kita ping atau tweet entri terbaru berbanding visitor yang hanya datang sekali lepas tu never come back. Kesimpulannya, berikan content yang terbaik kepada pengunjung blog kita.

Tajuk Entri Ketika Ping Atau Tweet
Bila content dah cukup menarik. Next step ialah tajuk yang kita nak gunakan semasa ping dan tweet. Ini jugak memainkan peranan penting untuk menarik minat orang lain untuk klik link ke entri blog kita. Title yang digunakan mestilah boleh membuatkan orang lain curious dan semangat ingin tahu yang tinggi tu akan menyebabkan mereka akan datang ke blog kita untuk baca apa yang kita tulis dalam entri tu. Kadang2 ada certain2 blogger yang guna ayat2 yang kontroversi. Tu salah satu strategi yang kreatif jugak.

Hubungan Baik Dengan Ahli Komuniti Bloggers
Last sekali semestinya dengan hubungan baik sesama ahli dalam group bloggers tu sendiri. Confirm2 siapa yang aktif dalam komuniti bloggers, blog mereka akan mendapat ramai visitor dari ahli2 komuniti tu. Kadang2 saya tengok ping dari mereka yang aktif akan mendapat banyak like dan komen. Bab yang ni saya tak praktikkan lagi sebab kesuntukan masa nak berborak dalam komuniti bloggers tu. Maybe satu hari nanti bila dah tak ada kerja nak buat. Saya akan meluangkan masa dekat group2 bloggers.

No comments: