Sunday, September 4, 2011

iPad 2 Dijual Dengan Harga Bermula RM1499

Nampaknya kini pelbagai teka-teki terjawab apabila The Star kini melaporkan yang mana iPad 2 akan mula dijual di pasaran Malaysia. Namun salah satu perkara menariknya adalah dimana harga iPad 2 dijangka akan menjadi lebih murah berbanding versi sebelumnya. Buat masa ini, harga penuh untuk setiap versi masih lagi belum diumumkan, namun begitu, The Star memperkatakan yang mana iPad 2 kelak akan dijual pada harga bermula daripada RM1499 untuk versi 16GB WiFi. Ianya akan ditawarkan oleh beberapa pengedar rasmi Apple tempatan. Seperti sedia maklum, iPad 2 membawakan pelbagai perkara baru padanya, termasuk lebih 33% nipis berbanding versi sebelumnya, dan 15% lebih ringan daripada sebelumnya. Ianya juga turut sama membawakan kamera hadapan dan belakang, untuk memudahkan para penggunna merakamkan gambar, serta membuat panggilan FaceTime bersama rakan2 mereka yang lain.

No comments: