Saturday, September 10, 2011

Ilmu Hacking Perlu Ada Pada Webmaster

Entri nie saya nak cerita kan pasal hacker. Tak tau lah kalau ramai yang tak tau atau yang dah tau tu kan ? Ok, Apakah itu hacker ? Berdasarkan pemahaman saya, Hacker ialah seseorang yang mempunyai minda kreatif dalam mencari kelemahan sesuatu web, sistem atau berkaitan. Dalam Entri nie saya nak menyentuh mengenai Hacking dan Webmaster. Pada pendapat saya semua webmaster perlu ada basic atau pengetahuan mengenai hacking. Sebabnya bukan untuk hacking atau nak menganayai web orang lain. Kita ambil ilmu hacking sebagai salah satu langkah untuk mengelakkan dari web kita di hack atau sebagainya.

Sememangnye webmaster perlu ada keperluan ilmu hacking untuk mendalami lagi security web dan agar web tidak menjadi sasaran hacker kini. Menjadi webmaster bukan semudah ABC atau just beli hosting, upload script dan guna script tersebut seperti wordpress dan sebagainya. Itulah kesilapan webmaster kini dimana tidak mementingkan security web dan tatkala di hack mereka tidak tahu apa yang perlu di buat. Adakah webmaster perlu ada sijil atau apa2 berkaitanWeb akan di panggil webmaster ? Pada saya tak perlu rasanya, just boleh buat web, upload FTP, edit HTML sana sini sudah memadai di panggil Webmaster.

Jom kita sentuh mengenai webmaster WordPress. Yup, sememangnya banyak saya dengar mengenai wordpress mudah di hack atau sebagainya. Mungkin kurang pengetahuan webmaster untuk secure blog mereka. Firstly almost semua web ada Vlun dan agak sukar nak cari web tak de Vun. Apakah itu Vlun ? Vlun ialah sejenis keretakkan di web tersebut dan boleh dijadikan lubang untuk memasuki web tersebut. So, nasihat saya kepada webmaster WordPress ‘Jangan Install Terlalu Banyak Plug-in‘ Hanya guna plugin yang penting sahaja, kerana setiap plugin ade Vlun sendiri dan makin banyak plugin, makin banyak ler Vlun.

Selain itu selalulah update script anda kerana pencipta script lebih mahir untuk menghilang kan Vlun tersebut. Selepas anda membaca entri nie, kalau agak2 nak belajar mengenai hacking untuk security web anda, pergilah belajar mengenai security web. Jika webmaster tahu bagaimana hacker meng-hack web. So secara semula jadi akan tahu bagaimana mahu menghalang dari perkara tersebut itu berlaku. Kadang kala jangan kita memandang hacker terlalu serong kerana anda sedar atau tidak. Ini kerana hackers banyak memberi perubahan dari segi web, perisian atau sebagainya.

Tujuan hackers ialah menjadi keretakkan dan kerosakkan di mana akan memberi kesan buruk jika tidak dibaiki dan akan menjadikan sesuatu itu lebih baik dan sebab itu hacker perlu kreatif dan tidak Pemalas. Tapi most of hacker bijak2 kerana nak hacking perlu menggunakan otak yang kreatif dan berfikir :) Tapi ada juga yang sesetengahnya hanya kerana suka2 atau untuk menganiayai orang lain. So, pembaca saya mesti faham kan ? So, konklusinya marilah sama2 kita belajar mengenai hacking untuk menjaga web kita. Best sebenarnya belajar hacking selain menjadi programmer yang berjaya.

No comments: