Baru2 ini, Microsoft mendedahkan Laporan Keselamatan Pintar versi ke-7 (SIRv7) kepada umum yang memperlihatkan ketelusan syarikat peneraju perisian, perkhidmatan dan penyelesaian dalam dunia perkomputeran dalam menangani masalah serangan siber. Jangkitan ‘worm’ atau cecacing menjadi ketakutan utama pada tahun ini dengan peningkatan hampir 100 peratus yang direkodkan pada Januari hingga Jun 2011. Penyangak yang menyamar sebagai pembekal perisian keselamatan juga dikesan sebagai masalah utama kepada pengguna siber namun hanya 20 peratus pelanggan tertipu sejak enam bulan lalu.
Sungguhpun begitu, cabang Trojans iaitu Zlob yang menjadi ancaman utama sejak dua tahun lalu berjaya dikekang Microsoft menerusi aktiviti agresif melindungi mesin pelanggan. SIRv7 membekalkan maklumat mendalam dan tepat mengenai landskap ancaman di seluruh dunia dan buat pertama kalinya Microsoft mendedahkan negara yang memiliki kaedah terbaik menangani jangkitan ‘malware.’ Ketua Keselamatan dan Privasi Asia Pasifik, Jacqueline Peterson-Jarvis, berkata maklumat dikumpul dalam SIRv7 diperoleh daripada pelanggannya di seluruh dunia yang menghasilkan data komprehensif untuk menidakkan ancaman siber.
Peningkatan ancaman berniat jahat seperti worm dikesan sebagai masalah utama hasil kajian kami. Cecacing banyak bergantung kepada akses perkongsian fail tidak dilindungi dan pertambahan peranti storan mudah alih yang kebanyakannya wujud dalam suasana enterprise. Peterson-Jarvis berkata, dua ahli keluarga worm yang aktif menyerang pengguna ialah ‘confickr’ menjangkiti peranti disambungkan menerusi sistem rangkaian. Taterf pula menduduki senarai kedua dengan pertambahan 156 peratus sejak separuh masa kedua pada 2008 yang mensasarkan pemain permainan ‘online.’
Serangan terbabit bergantung kepada kejuruteraan sosial untuk menular selain akses kepada fail tidak dilindungi dan jumlah storan mudah alih seperti pemacu USB yang kerap digunakan. Beliau berkata, Jepun, Austria dan Jerman adalah tiga negara yang perlu dicontohi kerana mereka memiliki kaedah bagi menangani masalah siber secara bersepadu seperti bekerjasama dengan agensi bertanggungjawab menjaga keselamatannya. Selain itu, penguatkuasaan yang ketat dan kerjasama dengan pembekal perkhidmatan Internet (ISP) dilihat usaha penting menangani ancaman siber.
Internet Explorer 8 (IE8) yang diperkenalkan sejajar dengan kedatangan Windows 7 adalah contoh aplikasi carian selamat digunakan memandangkan ia dipertingkatkan dengan kawalan dan perlindungan lebih baik. Sementara itu, Pengarah Kumpulan Teknologi dan Penyelesaian Microsoft Malaysia, Darien Nagle memaklumkan pihaknya menggunakan kepakaran kejuruteraan sosial untuk mengatasi masalah berkaitan keselamatan yang dihadapi pengguna sebelum ini. Pengguna mempunyai sebab kukuh untuk melayari Internet dengan selamat menggunakan produk Microsoft.

No comments:
Post a Comment