Jawapan ustaz -: Makruh hukumnya membasuh atau menyapu lebih dari tiga kali basuhan atau sapuan yang yakin atau kurang daripada itu. Sabda Rasulullah S.A.W sebaik sahaja selesai berwuduk dengan membasuh atau menyapu tiga kali : Maksudnya : Demikianlah wuduk (Yang sempurna dan dituntut). Sesiapa yang menambah lebih daripada ini, atau kurang (Daripada ini) maka sesungguhnya dia telah berlaku tidak baik dan zalim, Hadis riwayat Abu Daud. Iman Nawawi r.h berkata dalam kitab Majmuknya : Hadis ini adalah sahih. Makna hadis tersebut ialah sesiapa yang beriktikad bahawa yang usnah itu ialah membasuh atau menyapu lebih daripada tiga kali atau kurang daripadanya maka dia telah berlaku tidak baik dan zalim. Ini kerana dia telah menyalahi sunah yang telah ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. Wallahuallam.
Sunday, September 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment