Friday, September 2, 2011

Hakikat Ramai Blogger Mungkin Tak Tahu

Baru je membaca beberapa blog yang membincangkan isu blogger famous/otai sombong tak layan blogger baru. Sebelum membaca lebih elok rasanya kalau kita panggil mereka sebagai blogger senior sesuai dengan pengalaman mereka. Blogger famous/otai tak layan blogger baru adalah antara isu yang tak pernah hilang dari dunia blogger. Isu yang tak pernah layu atau kering dibincangkan. Tujuan artikel ini ditulis bukan untuk menyalahkan mana2 pihak tapi melahirkan kefahaman dalam diri blogger. Kita perlu sedar beberapa hakikat yang wujud apabila ingin mengulas perkara tersebut. Dan disini beberapa hakikat yang saya pilih mengenai topik ini.

1. Setiap Blogger Adalah Manusia
Blogger bukan robot, 24 jam berkhidmat mengikut aturan yang ditetapkan. Setiap seorang dari kita pun ada 24 jam sehari. Dimana kita gunakan masa yang ada tu terpulang pada diri masing2, sama ada bermanfaat atau tidak bermanfaat. Mungkin komitment sesetengah blogger terhadap blog adalah lebih dari komitment lain tapi mungkin sebaliknya sesetengah blogger lain. Ini membawa kepada hakikat kedua.

2. Setiap Blogger Ada Komitment
Dari kalangan blogger, terdapat ramai jenis orang. Ayah, suami, isteri, ibu, pelajar, pekerja dan macam2 lagi. Hidup mereka bukan sekadar blogging tapi lebih dari itu. Jangan kita kata seorang suri rumah tangga tak sibuk, lihat sahaja mak masing2. Banyak urusan seharian untuk disiapkan. Jangan kata ayah tidak sibuk, seharian mencari rezeki untuk keluarga tersayang. Jangan kata pelajar tak sibuk, pelbagai urusan kena disiapkan. Bukan 24 jam hanya melayari dunia maya. Anda ?

3. Realiti Otai Dan Sombong
Saya bersetuju dengan pendapat beberapa blogger dalam entry ini yang mana ramai sebenarnya orang yang dalam hati berharap blogger2 senior ni datang melawat blog mereka, memberi komen, membalas komen dan melayan mereka. Apabila mereka datang dan melayan, alangkah gembiranya. Apabila tak dilayan, maka wujudlah persepsi blogger itu sombong. Tidak begitu ? Hati yang sering berharap, selalunya kecewa.

4. Tujuan Komen & Bertanya
Sebenarnya bila kita komen sesuatu tu, apa tujuan kita ? Adakah kita mahukan komen balas dari pihak tersebut atau kita mahu menyatakan pendapat kita ? Perkataan komen itu bukankah memberi maksud “Memberi pendapat”. Bukan bermaksud “Mengharap balasan”. Lebih elok difahami perkataan ini, takut bila salah faham, sendiri terasa. Satu lagi persoalan adalah, kenapa kita bertanya ? Sudah tentu bertanya adalah untuk mendapatkan jawapan. Tapi jelas bahawa orang yang ditanya tidak diwajibkan untuk menjawab. Bukankah apa yang kita mahukan adalah jawapan, maka carilah orang lain yang lebih arif dan mampu memberikan jawapan, itu yang anda carI kan ?

Secara kesimpulanya
Ok, mungkin panjang sangat saya tulis ni. Ni pun dah lari dari niche saya sebenarnya tapi sekadar melemparkan pandangan. Berfikirlah dengan akal yang waras, mungkinkah anda melayan seribu satu komen dan soalan ? Letak diri kita ditempat mereka, mungkin satu hari, anda turut sama terkena. Moga membawa manfaat dan hikmah.

No comments: