Saturday, September 3, 2011

Guna Kad Mainan Keluarkan Duit Sebanyak RM1.6 juta

Dengan kad mainan sahaja dah boleh keluarkan duit. Nampaknya kecanggihan teknologi belum boleh mengalahkan kepintaran manusia. Perkara ini hanya dilakukan oleh remaja. Polis Taif menahan empat remaja kerana didakwa mencuri 2 juta riyal (RM1.6 juta) daripada mesin teler automatik (ATM) menggunakan kad permainan yang sama seperti kad bank, kata pihak berkuasa. Seorang daripada remaja berkenaan mendapatkan kad permainan itu di sebuah pusat beli-belah di Taif dan kebetulan dia dapat menggunakan kad itu untuk mengeluarkan wang yang sama jumlahnya dikeluarkan pelanggan terakhir menggunakan mesin itu. Pada mulanya, ketua kumpulan remaja terbabit menggunakan kad itu untuk mengeluarkan 800 riyal (RM667) dan kemudian mereka dapat mengeluarkan sebanyak 2 juta riyal (RM1.6 juta) dalam tempoh dua tahun.

No comments: