Google dinobatkan sebagai jenama paling digemari oleh pengguna Malaysia dalam satu kaji selidik Superbrands yang dikendalikan oleh The Nielsen Company bagi tempoh 18 hingga 26 Feb, 2011. Dalam satu kenyataan hari ini, Superbrands berkata hasil kaji selidik terbaru itu mengenal pasti lebih 500 jenama kegemaran pengguna Malaysia dari 100 kategori produk dan perkhidmatan pengguna. Ketua Pegawai Eksekutif Superbrands Malaysia, Mark Pointer, berkata kebanyakan jenama dalam kaji selidik 10 terunggul terbaru itu juga merupakan 10 terunggul dalam kaji selidik yang dikendalikan sebelum ini. Google yang menduduki tempat ketiga dalam kaji selidik Superbrands tahun 2009, melonjak dua anak tangga untuk merebut tempat pertama. Penyertaan baharu dalam kaji selidik sepuluh terunggul itu termasuklah AirAsia yang terus melompat ke tempat kelima, dan Milo yang berkongsi kedudukan ketujuh dengan Shell.
Wednesday, September 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment