Friday, September 16, 2011

Fakta Tentang Kabel Internet Bawah Laut

Ramai antara kita tidak tahu bahawa internet mula wujud di Malaysia pada tahun 1985. Ini bermakna telah 26 tahun internet mula bertapak di negara kita. Pada tahun2 awal internet mula bertapak, penanaman kabel bawah Laut hanya di bina di negara2 tertentu seperti di Amerika Syarikat dan negara2 Eropah. Projek SEA-ME-WE 1 or South-East Asia - Middle East - Western Europe1 yang bermula pada tahun 1985 melibatkan 21 buah negara dengan belanja sebanyak USD800 juta ketika itu dan sepanjang 13500 km serta berkapasiti 12Mhz sahaja. Projek yang menggunakan teknologi Copper/Analog (Copper-kuprum) ini telah digantikan dengan Kabel Fiber Optik bermula pada tahun 1988 apabila projek SEA-ME-WE 2 dijalankan. Projek SEA-ME-WE 2 pada kali ini ia melibatkan 47 buah negara siap pada Jun tahun 1992 menelan belanja sebanyak USD800 juta , sepanjang 18000 km serta berkapasiti 2X560Mbps. Ianya ditamatkan perkhidmatan selepas 12 tahun iaitu pada Oktober 2006. Projek SEA-ME-WE 3 kemudian mengambil alih apabila ia dimulakan pada tahun 1997 dengan keseluruhan 92 syarikat telekomunikasi antarabangsa mengambil bahagian. Projek ini siap sepenuhnya pada tahun 2000. Merangkumi 39 titik perhentian di 33 buah negara dan 4 benua. Projek talian kabel ini adalah terpanjang dengan jarak keseluruhan 39000 km serta belanja USD1.5 billion. Kapasitinya pula adalah 8x2.5Gbps. Projek SEA-ME-WE 4 pula adalah projek yang merentasi negara Singapore, Malaysia, Thailand, Bangladesh, India, Sri Lanka, Pakistan, United Arab Emirates, Saudi Arabia, Sudan, Egypt, Italy, Tunisia, Algeria and France. Tujuannya bukan untuk menggantikan SEA-ME-WE 3 kerana ia lebih bertindak sebagai penambah cekapan capaian internet . Projek sepanjang 20000 km ini mempunyai Internet backbone utana antara Asia Tenggara, India, Timur Tengah dan Eropah. Menelan belanja USD500 juta dan berkapasiti 64x2x10Gbps.

No comments: