Saturday, September 3, 2011

Enjin Carian Yang Cantik Dihati Pengujung

Apabila saya menyebut sahaja enjin carian, sudah pasti anda menganggap ia adalah Google, Yahoo, Bing dan Ask. Sudah pasti kita menggunakan Google untuk mendapatkan jawapan. Ia memang laju. Tetapi ia bukanlah tempat untuk menyelesaikan semua masalah yang ada. Pernahkah anda dengar search enjin Taqwa.me ? Taqwa.me merupakan enjin carian islam. Ia menggunakan tagline “The conscious search engine”. Taqwa berfungsi seakan2 search engine lain seperti Google tetapi dengan sedikit sentuhan islamik, yang membezakan taqwa dengan search engine lain. Antara muka taqwa sangat ringkas, hanya menampakkan kotak carian dan background wallpaper. Selain itu, taqwa juga mempunyai fungsi untuk flag hasil carian yang anda jumpa. Katakan link website itu mengandungi unsur 18+, anda boleh flag pada butang Haram. Dan jika link website itu betul2 bersih, anda boleh click pada butang Halal. Tujuan fungsi ini ialah membantu menapis link2 yang tidak bersih daripada hasil carian enjin taqwa, sekaligus membantu pengguna dalam menjauhkan diri daripada melakukan maksiat mata. Enjin carian yang kedua, yang saya ingin perkenalkan kepada anda ialah Wolfram Alpha. Cuba anda masukkan hari jadi anda di kotak carian tersebut. Anda boleh mengetahui berapa hari kah anda sudah hidup didunia ini :) Selain itu, anda juga mampu menyelesaikan soalan matematik yang anda tidak ketahui.

No comments: