Tiba2 saya terfikir untuk membuat entri yang bertajuk "Kerja Sambilan Semasa Belajar". Ok, tujuan saya buat entri ini adalah untuk membincangkan mengenai kebaikan dan juga keburukan kerja sambil belajar nie. Mungkin sesetengah individu itu dapat membahagikan masa pembelajarannya dengan masa kerjanya, namun adakah semua orang mampu untuk melakukan sedemikian ? Baik, di sini saya tampilkan beberapa kebaikan dan juga keburukan dalam bekerja sambil belajar ini. Antara kebaikannya, pertama dapat mengumpul duit untuk membeli barang2keperluan lebih daripada orang lain. Kedua dapat merasakan kepuasan dalam membelanjakan duit dari titik peluh usaha sendiri dan ketiga dapat memberi kesedaran terhadap diri bahawa betapa susahnya ibu bapa kita mencari duit untuk sesuap nasi. Ok keburukanya pulak pertama, Assignment / tugasan yang diberikan tidak dapat untuk disiapkan kerana terlalu penat. Kedua, tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas semasa pembelajaran dan ketiga kehidupan nampak lebih bercelaru kerana jadual harian menjadi lebih ketat daripada biasa. Baiklah, ini hanyalah pendapat daripada saya yang belum pernah kerja sambilan semasa belajar lagi. Mungkin korang yang ada pengalaman mengenai ini dapat berkongsi pengalaman korang itu di sini. Jadi, jangan malu jangan segan untuk meluahkan pendapat korang ok. Setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza. Sekian sahaja untuk kali ini.
Monday, September 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment