Selepas kejayaan filem Avatar, ramai berpendapat dunia hiburan menggunakan teknologi tinggi (HD) akan mula mempengaruhi teknik perfileman pada masa akan datang. Penggunaan teknik perfileman yang canggih bukan lagi perkara asing dalam industri itu malah ia secara tidak langsung memberi impak besar membuka mata banyak pihak untuk mengenal pasti pelbagai kaedah memajukan teknologi. Filem Avatar menjadikan teknik Rakaman Pergerakan Termaju (Advanced Motion Capture) kian popular walaupun ia sebelum ini kurang mendapat perhatian industri perfileman.
Kejayaannya boleh menambah baik teknologi tiga dimensi (3D) sedia ada yang mampu memberikan kepuasan ketika menonton filem gabungan aksi sebenar dan fantasi. Rakaman pergerakan termaju yang menilai pergerakan badan manusia selepas ia disambungkan melalui wayar terus ke sistem komputer untuk mengubahnya menjadi visual 3D animasi. Animasi yang dihasilkan boleh diubah mengikut kesesuaian karektor sebelum ditambah dengan kemampuan inovasi 3D. Dari aspek kesukanan, rakaman pergerakan termaju digunakan untuk mengesan keupayaan atlit serta menilai prestasi yang membantu memperlihatkan kemampuan sebenar.
Bekas Ketua Jurutera Jawatankuasa Program Sains Sukan Olimpik Amerika Syarikat, Phillip Cheetham, berkata beliau menyedari kepentingan kaedah rakaman pergerakan termaju yang mampu memberikan data terbaik kepada atlit. BioMekanikal kaedah menentukan kesesuaian tekstur. Sistem terbabit dibangunkan berdasarkan sains biomekanik yang mengesan fizikal manusia. Pada awal 90-an, Cheethams melakukan analisis video yang membolehkan sistem biomekanik manusia dirakam dan data pergerakan dicatatkan. Rakaman pergerakan termaju diperbaharui dengan menambah penyelesaian elektromagnet pada badan manusia bagi merakam visual lebih jelas dan menepati pergerakan sebenar.
Menurutnya, penyelesaian menggunakan elektromagnet yang ditambah mampu menyaingi pergerakan badan yang bergerak pantas. Teknologi rakaman pergerakan termaju turut dikatakan inovasi enam dimensi (6D) yang memudahkan dokumentasi, mengesan, mengira tempo pergerakan dan memaparkan data secara dinamik. Data yang dirakam akan menjalani proses ‘render’ bagi pemodelan grafik dan graf parameter direkodkan. Kaedah 6D dikatakan membenarkan pengguna mengesan segmen badan untuk setiap pengesan yang ditampal dan ia akan diukur serta ditempatkan pada posisi selari dengan objek 3D dicipta.
Ia membolehkan pergerakan badan manusia mampu diselarikan dengan pergerakan model 3D yang direka. Baru2 ini, pengeluar produk pengesan 3D, Xsens Technologies memperkenalkan kesepaduan rakaman pergerakan digabungkan dengan teknologi animasi wajah yang mendapat kerjasama Image Metrics. Kerjasama itu menghasilkan penyelesaian komperehensif yang membolehkan imej wajah dan prestasi pergerakan badan tampak sebenar sesuai untuk digunakan industri filem dan permainan ‘online’. Ini bermakna, industri filem dan permainan mampu merakam wajah dan pergerakan dalam masa yang sama menggunakan satu lensa tunggal.
Sebelum ini, pembangun menggunakan kaedah merakam dua pergerakan berbeza sebelum menindihkannya pada satu lapisan rakaman menggunakan perisian khas yang hanya didapati di makmal tertentu. Selepas pembangun merakam pergerakan visual subjek, data yang direkodkan termasuk pergerakan badan dan mimik muka akan disalurkan ke perisian 3D dalam tempoh singkat serta boleh dikongsi dengan perisian lain. Berdasarkan produk yang dinamakan Xsens MVN itu, pembangun dapat menjimatkan masa untuk posproduksi dan mampu mengurangkan kos produksi yang mencecah jutaan ringgit.
Kaedah itu dilakukan dengan mengesan tanda unik pada badan dan muka menggunakan kamera khas yang kemudian dibangunkan menggunakan kaedah biomekanikal serta pengesan berasaskan algoritma. Gabungan itu mencipta karektor seakan manusia sebenar walaupun ia diubahsuai mengikut acuan 3D yang dirangkumkan bersama watak kartun. Selain itu, pembangun juga berupaya menggerakkan karektor di mana2 posisi dikehendaki dalam studio tanpa memerlukan set lengkap. Manakala Image Metrics berjaya mereka perisian yang mengesan pergerakan wajah tanpa perlu menandakan muka dengan penanda khas dan disolek seperti dilakukan sebelum ini.
Kaedah berkenaan menghasilkan proses menghendaki pembangun hanya perlu merakam imej pada kamera biasa sebelum video dianalisis dan dipindahkan ke peringkat perkomputeran menerusi komputer peribadi (PC) khas. Ketua Pegawai Eksekutif Xsens, Casper Peeters, berkata syarikatnya berusaha menghasilkan pergerakan badan terbaik untuk diubah menjadi animasi yang mampu digerakkan dengan bebas tanpa bantuan komputer. Oleh itu, kami mendapati wujudnya perkongsian bijak dengan Image Metrics yang nada sama untuk menggerakkan karektor secara bebas.

No comments:
Post a Comment