Friday, September 9, 2011

Gangster Wanita Paling Ganas Di Dunia

1. Xie Caiping
Di bandar Chongqing, kerajaan China melaksanakan tindakan keras terhadap kumpulan gengster dan kongsi gelap. Sebuah operasi besar-besaran telah dilancarkan dan berjaya menangkap hampir 1,500 gengster yang dimana kebanyakannya berada dibawah pimpinan Xie Caiping. Caiping sangat aktif menjalankan aktiviti perjudian haram serta merasuah anggota polis bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang2.

2. Sandra Avila Beltran
Beltran dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang “GodMother” di Mexico. Pakciknya adalah pengedar dadah di sana. Dia mendapat gelaran “Ratu Pasifik” kerana dia menjadi orang tengah antara kartel Valle del Norte colombia dan kartel Sinaloa dan membantu dalam mencari laluan rahsia penyeludupan dadah di sepanjang Pantai Pasifik Mexico.

3. Rosetta Cutolo
Wanita ini menjadi gangster disebabkan rasa sedihnya setalah saudaranya ditangkap oleh pihak polis Itali. Dia kemudian meneruskan business haram milik saudaranya itu. Dia menjadi antara suspek yang paling dikehendaki di Itali kerana termasuk dalam anggota keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah menjadi buruan polis Itali pada tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan/pelarian sehingga akhirnya menyerah diri selepas itu.

4. Maria Licciardi
Sejak tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi merupakan ketua keluarga bagi Licciardi dan “Capo di Tutti Capi” iaitu salah satu kumpulah gangster di Napoli. Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih berpengaruh dan lebih berjaya terutamanya dalam perniagaan haram mereka. Perniagaan yang paling menguntungkan yang diusahakan oleh keluarga ini ialah pelacuran di Camorra.

5. Griselda Blanco
Ketika berusia 11 tahun, dia menculik anak orang kaya yang tinggal bersebelahan dengan tempat tinggalnya bagi mendapatkan wang tebusan. Setelah ibubapa kepada anak yang diculiknya itu menyatakan tidak mahu memberikan wang tebusan, dia terus menembak budak itu tanpa belas kesihan. Setelah berpindah dari Colombia ke New York bagi melarikan diri daripada jenayah itu pada era 70-an, beliau memulakan kariernya dalam penyeludupan dadah pula, Blanco kemudian berpindah ke Miami untuk mengelakkan diri daripada tuduhan mahkamah.

No comments: