1. Meminta-minta
Sifat wanita yang suka meminta2 membuatkan jejaka menjadi rimas dengan tingkah laku si dia. Sifat lelaki sememangnya ialah tidak suka meminta malah lebih senang untuk membiarkan sahaja sesesuatu perkara itu terjadi dari melayan kehendak si dia. Malah untuk lebih mengeratkan hubungan kamu berdua, cuba bagi reaksi agar dia memahami kehendak kamu bukan dengan cara mendesak mahupun meminta2. Dalam situasi ini bahasa tubuh sangat penting untuk meyampaikan mesej yang terbuku di hati.
2. Tak Ada Aktiviti Seronok
Lelaki gemarkan sesuatu yang baharu dan menyeronokkan. Justeru, mereka lebih gemar sekiranya si dia juga memahami dan bersama memberikan semangat untuknya melakukan aktiviti yang diminati. Tetapi tidak ramai golongan gadis yang memahami kegemaran teman lelakinya terhadap aktiviti yang diminati. Sebab itulah jika dirasai teman wanita mereka tidak memberikan sokongan moral, membebel atau mengomel atau pun langsung tidak merestui melakukan aktiviti yang digemari, pasti si jejaka akan berasa cepat bosan. Takkan asyik nak melalukan aktiviti skema seperti tengok wayang saja. Tak syoklah !!
3. Tak Ada Sifat ingin Berubah
Sudah menjadi sejarah peradaban bahawa lelaki diangkat sebagai Khalifah atau pun pemimpin di muka bumi ini. Walaubagaimanapun, seseorang lelaki itu tidak patut bersifat terlalu dominan atau pun diktator, sebaiknya bersama2 bertoleransi dengan kekasih hati dalam kelancaran perhubungan. Namun tidak dinafikan ada lelaki bersifat diktator dan mahukan si dia mengikut telunjuknya, inginkan kekasih hati mengikut acuan yang dibentuk termasuklah dari segi sikap, pembawaan diri dan perangai. Jika si kekasih tidak mahu berubah mengikut telunjuk, sang arjuna ini akan mudah melenting dan menganggap gadis tersebut tidak bekerjasama membentuk perhubungan. Maka mudahlah si jejaka berasa bosan dan mencari pengganti yang mudah mengikut katanya. Walaubagaimanapun, wahai si gadis, tidak semua perkara tentang dirimu yang patut diubah dan perlu setiap masa mengikut telunjuk si dia. Pastikan ia relevan dan tidak bertentangan dengan peradaban manusia. Namun jika untuk kebaikan bersama, tidak salah untuk berubah.
4. Berulang-ulang
Melakukan perkara yang berulang2 kali sememangnya membuatkan si jejaka bosan dengan kekasih hatinya. Kadang-kala si gadis tidak tahu bahawa perbuatannya tidak disenangi oleh si jejaka. Mungkin ramai yang memberi pandangan bahawa bercakap dengan telus akan membuahkan yang baik malah berbicara tentang isi hati lebih baik. Contohnya jika melakukan kesilapan yang sama, siapalah yang mampu bertahan jika ia asyik berulang bagaikan tiada penghujungnya. Hari ini meminta maaf, esok berulang lagi perkara yang sama. Begitu juga dengan memberikan hadiah yang sama. Sudah tidak ada benda lain ke hendak diberi sampai menimbulkan kebosanan terhadap si dia. Lelaki amat menyukai sesuatu yang misteri atau kejutan. Jadi kenalah golongan si gadis lebih kreatif dalam memberikan keseronokan kepada kekasih hatinya.
5. Bersikap Dingin
Sifat sentiasa dingin merupakan perkara yang paling menjengkelkan lelaki. Malah kadang-kala si gadis suka melepaskan kemarahan dengan menunjukan sifat dingin tidak menentu kepada teman lelakinya. Kepada si gadis yang bersifat dingin, jangan teruskan tingkah laku sebegini malah cuba untuk meredakan keadaan yang mana dirimu sendiri perlu menjadi air dalam meredakan bara api.

No comments:
Post a Comment