Saya mahu berkongsi cerita Fahma Waluya Rosmansyah, 12 tahun, sudah berjaya menghasilkan beberapa aplikasi dan permainan di Ovi Store. Kelahiran budak lelaki ini pada tahun 1998, sama seperti kebanyakan kanak2 yang lain, suka bermain permainan video dan telefon bimbit. Katanya, dia menghabiskan masa menghasilkan aplikasi dan permainan untuk membantu kanak2 Indonesia mempelajari bahasa Inggeris dan asas kemahiran Matematik. Difahamkan bahawa dia mula belajar membangun aplikasi menggunakan Adobe Flash sejak tahun 5 lagi. Tahun yang sama dia menghasilkan BAHANA, iaitu satu aplikasi untuk kanak2 mempelajari huruf, nombor dan warna dengan Nokia E71. Kemudian, dia menghasilkan lebih 5 aplikasi pada tahun 6. Satu daripadanya ialah ENRICH yang boleh dimuat turun di Ovi Store. ENRICH merupakan aplikasi terjemahan daripada Bahasa Indonesia kepada bahasa Inggeris menggunakan gambar berwarna dan perkataan yang mudah. Baru2 ini dia telah menerima Anugerah TMK Indonesia 2010.
Wednesday, August 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment