Penulis telah membeli DVD Football Manager 2011 (FM2011) awal tahun lalu. Bagi DVD original, harganya lebih kurang RM159 manakala versi lanun boleh didapati semurah RM10. FM2011 menawarkan sesuatu yang baharu kepada peminat simulasi pengurus pasukan bola sepak. Edisi kali ini Sport Interactive memperkemaskan lagi kepermainan FM2011 dengan ciri2 baharu supaya lebih realistik dengan dunia bola sepak realiti.
1. Sistem ejen pemain semasa menandatangani kontrak
Masih teringat peristiwa Rooney mahu tinggalkan Manchester United ? Ejenlah puncanya. Pengenalan sistem ejen pemain bakal menyukarkan pembelian seseorang pemain. Saudara perlu pandai tawar-menawar supaya ejen berpuas hati dengan kadar bayaran gaji pemain, insentif2 lain, tawaran klausa dan imbuhan untuk ejen dianggap sebagai sesuai. Kelab akan meletakkan sebut harga bayaran maksimum dan purata berdasarkan kemampuan kewangan kelab. Jadi, saudara perlu perhatikan betul2 profil ejen tersebut sama ada jenis yang suka meminta2 dan meletakkan harga tinggi atau tidak. Di sini ‘tarik tali’ harga akan berlaku dan lakukan dengan hati2 supaya pemain yang dihajati tidak lari.
2. Persiapan perlawanan
Setiap kali sebelum perlawanan, persiapan perlawanan akan timbul untuk memastikan strategi dan taktik yang digunakan berkesan. Paparan akan menunjukkan sejauh mana keserasian pemain dengan taktik yang digunakan dan apakah fokus yang akan ditekankan. Kalau malas mahu mengaturnya, serahkan sahaja kepada penolong jurulatih.
3. Perbualan sulit antara pengurus dan pemain lebih praktikal
Semangat dan kepercayaan pemain ditentukan oleh komunikasi antara pengurus dan pemain dalam kelab. Contohnya, pengurus boleh memberikan teguran kepada pemain sekiranya prestasi dalam perlawanan tidak memberangsangkan atau memberi nasihat tentang kesesuaian jenis latihan yang perlu pemain ambil supaya berlaku peningkatan. Komunikasi yang baik dapat membantu membina semangat pasukan. Semangat yang baik penting untuk berdepan dengan mana2 pasukan kerana pemain dapat memberikan fokus yang terbaik. Masalah dalaman yang berlaku boleh mengakibatkan prestasi pasukan jatuh seperti pemain mempunyai masalah keserasian dengan pemain yang lain, isu kapten pasukan dan perpindahan pemain.
4. Paparan perlawanan 3D lebih menarik
Perlawanan tidak lagi membosankan dengan grafik orang bulat di tengah padang. Kini, saudara boleh menghayati perlawanan umpama menonton di Astro. Pastikan komputer saudara mempunyai kad grafik sebelum mengubah tetapan kepada perlawanan 3D. Jika tidak, gunakan paparan 2D sahaja.
5. Integrasi Twitter dan Youtube
Sesuai dengan perkembangan semasa, FM2011 mengintegrasikan perkembangan hebat laman sosial Twitter dan Youtube untuk membentuk komuniti FM2011 di alam maya. Sekarang tak susah untuk memuat naik koleksi perlawanan menarik di Youtube dengan orang lain. Status Twitter juga boleh ditetapkan sebagai automatik atau manual. Kesimpulannya, FM2011 sangat berbaloi untuk dibeli sekiranya saudara merupakan kaki bola sepak. Di Gamespot, FM2011 mendapat penilaian 8.9/10 mata.

No comments:
Post a Comment