Wednesday, August 24, 2011

Sifat & Maksud Penggodam

Penggodam ialah seorang yang mencipta dan mengubah suai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah pengaturcaraan komputer, pentadbiran dan urusan yang berkaitan dengan keselamatan. Istilah ini biasanya membawa konotasi handal, tetapi boleh jadi bagus atau buruk bergantung kepada konteks budaya. Takrifan biasa termasuklah : Dalam pengaturcaraan komputer, penggodam ialah seorang pengaturcara yang menggodam atau mencapai matlamat dengan menggunakan satu siri pengubahsuaian untuk mengeksploit atau melanjutkan sesuatu kod atau sumber.

Bagi sesetengah orang, penggodam mempunyai konotasi negatif dan merupakan orang yang menggodam atau menggunakan kluj untuk melaksanakan tugas pengaturcaraan yang dahsyat, tidak anggun dan tidak cekap. Dalam keselamatan komputer, penggodam merupakan orang yang mengkhusus dalam kerja berkaitan mekanisme keselamatan sistem komputer dan rangkaian. Walaupun ia termasuk mereka yang berusaha menguatkan mekanisme2 tersebut, ia lebih kerap digunakan, terutamanya dalam media massa, untuk merujuk kepada mereka yang cuba masuk melepasi mekanisme2 tersebut.

Dalam bidang teknik lain, penggodam diperpanjangkan untuk memaksudkan orang yang membuat benda2 berfungsi di luar had nampak melalui kemahiran teknik mereka, seperti penggodam perkakasan atau penggodam realiti. Dalam budaya penggodam, penggodam ialah seorang yang telah mencapai status sosial tertentu dan dikenali dikalangan ahli budaya tersebut untuk komitmennya terhadap nilai budaya dan jumlah tertentu pengetahuan teknik. Di zaman penuh teknologi ini, setiap maklumat berada di hujung jari. Virus demi virus dicipta demi memudahkan hackers menggodam sistem.

Wujudlah hacker slayer orang yang bertanggungjawab menghalang hackers dari bermaharajalela. Bagaimana jika pertarungan di antara hackers dan hacker slayers sebenarnya pertarungan benar di dunia maya ? Di alam penuh cip dan bait, mungkinkah darah akan tumpah ? Sebuah lagi karya penuh aksi dan kelucuan dari Zint. Hacker merupakan komik daripada kartunis Zint yang terkenal dengan komik Under 18. Hacker mengisahkan tentang Slash yang manjadi hacker slayer demi membantu memulihkan ingatannya tanpa disedarinya membuka semula ingatan gelapnya semasa silam.

No comments: