Thursday, August 18, 2011

Senarai Kereta Termahal D Dunia

Morning, pagi ni saya nak share sket informasi dengan korang. Informasi pe ? haa, ce cite ce cite. Memandangkan saya memang minat giler kat kereta, walaupun xreti nak bawa, huhu, tapi saya nak share dengan korang tentang senarai kereta2 termahal di dunia ? Mampu nak beli kereta camtu ? Umph, memang la tak mampu, Hanye bisnessman yang betul2 berjaya jew kot mampu beli. Tapi nape kereta2 tu mahal sangat ha ? Jom baca dengan terperinci sebab aper mahal sangat kereta tu, huhu.

1. Bugatti Veyron $1,700,000. Inilah kereta termahal di pasaran dunia. Kelajuannya boleh mencecah 0-60 dalam 2.5 saat sahaja. Malah top speed kereta ni boleh mencapai 267 mph. Untuk stok racing, memang for sure saya pilih kereta ni !

2. Lamborghini Reventon $1,600,000. Satu2nya kereta paling power and paling mahal lamborghini pernah buat. Mengambil masa 3.3 saat untuk cecah 60 mph dan kelajuan maksimum mencecah 211 mph. Designnye yang cute antara punca kereta ni terlalu mahal.

3. McLaren F1 $970,000. Sape yang tak kenal kereta lumbe ni ? Top speed kereta ni mencecah 240 mph dan bole mencapai 60 mph dalam 3.2 saat sahaja.

4. Ferrari Enzo $670,000. Antara "supercar" yang orang kenal. Punya kelajuan maksimum mencecah 217 mph dan mencapai 60 mph dalam 3.4 saat sahaja.

5. Pagani Zonda C12 F $667,321. Sebuah kereta yang diperbuat oleh syarikat independent kecil dI Italy. Kereta ni menjanjikan kelajuan maksimum sebanyak 215 mph dan mencecah 0-60 dalam 3.5 saat. DI antara kereta2 yang tersenarai, saya paling suke design kereta ni, stylo beb !

6. SSC Ultimate Aero $654,400. Walaupun rankingnya adalah d tempat ke enam, namun kereta ni merupakan kereta kedua terlaju d dunia. Ia memiliki top speed sebanyak 257 mph dan mencapai 0-60 dalam 2.7 saat. Kereta ni boleh lawan kot kereta Bugatti Veyron tu.

7. Saleen S7 Twin Turbo $555,000. Buatan Amerika, jatuh no. 3 untuk kereta terlaju di dunia. Boleh mencapai top speed sebanyak 248 mph dan mencecah 0-60 dalam 3.2 saat.

8. Koenigsegg CCX $545,568. Kereta buatan Sweedish. antara kereta yang btul2 berusaha untuk menjadi kereta terpantas d dunia. Namun disebabkan saingan yang sengit, kereta ni hanya mampu berada di no. 4 terlaju d dunia.boleh mencecah top speed sehingga 245 mph.

9. Mercedes Benz SLR McLaren Roadster $495,000. Kereta mewah yang mencecah top speed sebanyak 206 mph dan mencapai 60 mph dalam 3.8 saat. Antara kereta2 yang tersenarai, kereta ni yang agak digelar "luxurious car".

10. Porsche Carrera GT $440,000. Sebuah supercar yang mempunyai kawalan keseimbangan dinamik. Berupaya mencecah top speed sehingga 205 mph dan mencapai 0-60 dalam 3.9 saat.

No comments: