Wednesday, August 24, 2011

Sejarah Pembangunan Ubuntu

Ubuntu ialah salah satu cabang tapak kod projek Debian. Tujuan asalnya adalah mengeluarkan versi baru Ubuntu enam bulan sekali, maka terhasilnya sistem yang sentiasa dikemaskini. Keluaran pertama Ubuntu adalah pada 20 Oktober 2004. Ubuntu dikeluarkan sebulan selepas keluaran GNOME. Berbanding dengan cabang2 Debian lain yang banyak menggunakan tambahan hak milik & sumber tertutup, Ubuntu mengutamakan perisian bebas & hanya membuka sedikit ruang untuk pemacu perkakas hak milik.

Pakej2 Ubuntu berasaskan pakej2 dari cabang Debian yang tidak stabil. Kedua2 edaran tersebut menggunakan format pakej deb dan alat pengurusan pakej (APT and Synaptic) dari Debian. Namun begitu, pakej2 Debian dan Ubuntu tidak semestinya saling serasi, apalagi kadang2 pakej .deb perlu dibina semula dari sumbernya untuk digunakan dalam Ubuntu. Ramai pembangun Ubuntu turut bertugas sebagai penyelenggara pakej2 utama dalam Debian. Ubuntu bekerjasama dengan Debian dengan berkongsi perubahannya dengan Debian, tetapi ada desas2 bahawa ini tidak selalunya dilakukan.

Sebelim ini, Ian Murdock, pengasas Debian, meluahkan kebimbangan bahawa pakej2 Ubuntu mungkin jauh menyimpang dari Debian Sarge semata2 demi keserasian. Sebelum dikeluarkan, pakej2nya diimport dari Debian Unstable tanpa henti lalu digabungkan dengan pengubahsuaian khusus Ubuntu. Sebulan sebelum dikeluarkan, importnya dibekukan, kemudian diusahakan oleh pempakej untuk memastikan ciri beku tersebut serasi apabila dijalankan serentak. Ubuntu kini dibiayai oleh Canonical Ltd.

Pada 8 Julai 2005, Mark Shuttleworth dan Canonical Ltd mengumumkan penubuhan Yayasan Ubuntu dan menyalurkan dana pendahuluan sebanyak AS$10 juta. Tujuan yayasan tersebut adalah memastikan sokongan dan pembangunan untuk semua versi Ubuntu akan datang. Mark Shuttleworth menyifatkan yayasan ini sebagai "tabung kecemasan" (Seandainya berakhirnya penglibatan Canonical). Pada 12 Mac 2009, Ubuntu mengumumkan sokongan pembangun untuk platform pengurusan awan pihak ketiga seperti yang digunakan untuk Amazon EC2.

No comments: