Wednesday, August 17, 2011

Sejarah Cop Mohor Nabi Muhammad S.A.W

Mohor atau dikenali juga sebagai meterai, tera, cop dan cap merupakan perkara penting di dalam sesuatu warkah. Ia merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. sebagaimana yang dilihat pada warkah baginda S.A.W kepada Maharaja Rom, Parsi, dan Mesir. Inilah sunnah Rasul junjungan, pesuruh Allah terakhir. Inilah warisan di-Raja segenap bangsa zaman-berzaman. Menghias warkah titah khalifah dan sultan. Simbol kepada kuasa, wibawa dan amanah. Lambang jati diri dan budaya bangsa.

Contohnya setelah Rasulullah membuat surat kepada raja dan penguasa dunia untuk mengajak mereka mengikuti agama Islam, salah seorang sahabat mengatakan bahawa orang2 kafir tersebut tidak mahu menerima surat2 tanpa dicop mohor lebih dahulu, maka Nabi S.A.W merintahkan para sahabat untuk membuatkan baginya satu cop mohor. Kemudian dibuatlah cop mohor berupa cincin yang berukiran kalimat Muhammad Rasulullah. Mohor ini dikenakan Nabi S.A.W di tangan kanan beliau sampai beliau wafat.

Cop Mohor Rasulullah (Cincin)
Disebabkan adanya cop mohor tersebut, semua surat Nabi saw yang dikirim kepada raja dan penguasa dunia disambut dengan baik dan sangat dihargai sekali oleh mereka kecuali surat beliau yang dikirim kepada Kisra atau Khosrau II (Penguasa Persia). Setibanya surat beliau dan sehabis dibaca surat beliau dikoyak2 oleh Khosrau.

Surat Rasulullah S.A.W
Sejak Tanah Melayu menerima agama Islam kira2 abad ke- 13/14 Masihi, pengaruh Tulisan Jawi banyak mewarnai kehidupan 0rang Melayu. Pengaruh dan peranan Tulisan Jawi terdapat dalam pelbagai aspek kehidupan, antaranya hubungan sosial seperti surat–menyurat antara raja dengan raja yang sebangsa dan seagama dan sebagainya. Tulisan Jawi juga bagi tujuan seni disamping untuk mendapat berkat.

Potongan2 ayat suci Al Quran ditulis indah, begitu juga duit pitis, cap mohor, barangan tembaga, tembikar dan lain2. Contohnya, cop mohor yang melambangkan kuasa sultan yang memerintah digunakan dalam surat-menyurat rasmi untuk menunjukkan pengesahan kuasa dan arahan daripada kerajaan. Nama raja yang memerintah terukir dalam cop mohor ini. Dengan cop mohor ini, baginda dapat melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran.

No comments: