Pengguna memiliki akaun di Facebook dengan pelbagai tujuan. Antaranya ialah berhubung dengan teman2 lama, berurus niaga, mendekatkan diri dengan peminat seperti artis, orang kenamaan dan personaliti popular, mencari jodoh dan bertukar2 fikiran. Perkara yang paling menarik perhatian penulis ialah pemilihan status sebilangan pengguna Facebook yang memilih status ‘In an Open Relationship’. Persoalannya ialah adakah mereka tahu atau suka2 menggunakan status tersebut ? Dalam konteks budaya dan cara fikir orang Melayu status tersebut sudah melanggar norma masyarakat, susila dan adat budaya. Hal ini kerana ‘In an Open Relationship’ bermaksud pasangan yang mahu bersama dengan orang lain selagi mendapat persetujuan, kebenaran dan toleransi pasangan tersebut. Perkara ini juga sama dengan polyamory. Gila. Terang2 bercanggah dengan budaya Melayu dan konteks agama Islam. Selain itu terdapat beberapa interpretasi daripada status ini. Antaranya ialah : Tidak mempersetujui status ‘sedang dalam perhubungan atau tidak’ in a relationship/not in a relationship. Hubungan pasangan jarak jauh, mahu bersama2 namun seorang daripadanya mahu bersama dengan orang lain. Menguji pasangan sendiri sejauh mana kesetiaan, kejujuran dan kepercayaan. Jadi, janganlah semboro dalam memilih status di Facebook.
Wednesday, August 31, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment