Ini bukan kisah saya bercinta dengan gadis jepun yang bernama tomato okey, huhu, tapi saya nak buat suatu teori dan andaian. Saya kalau g makan kat KFC ke MCD ker, saya mesti makan sos tomato, itu pasti kecualilah kalau abis makan sos cili hehe. Bukan saya tak makan sos cili tapi saya lebih suka sos tomato, tak tahu kenapa, macam ada chemistry je saya ngan sos tomato ni muahaha. Makan pun kena ada chemistry ? Korang suka sos mana, di sini saya nak buat tiga kategori, first orang yang bila dia makan sos dia mesti makan sos cili je, kedua orang yang makan sos tomato je, ketiga yang dua2 pun boleh, huhu. Jadi kalau korang jenis yang makan sos tomato je korang kena cari pasangan yang makan sos cili dan sebaliknya.
Korang jangan tanya saya kenapa, itu semua kajian scientific. Pegi marah scientis nuh, huhuhu. Tomato buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya ! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya ? Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.
Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato. Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara, Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu. Berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (Kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil.
Sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Kira2 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi. Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.

No comments:
Post a Comment