Wednesday, August 24, 2011

Samsung Tingkatkan Pengeluaran AMOLED

Menjadi perintis kepada teknologi skrin AMOLED (Active-matrix Organic light Emitting diode) dan menjadi monopoli tidak semestinya menjadi perkara mudah bagi Samsung. Dengan skrin AMOLED semakin mendapat tempat di pasaran telefon pintar, Samsung menghadapi masalah untuk membekalkannya di seluruh dunia. Ini disebabkan permintaan yang tinggi terhadapnya. Samsung menjadi syarikat pembekal skrin AMOLED di seluruh dunia bagi pengeluar telefon pintar yang lain. Demi untuk memenuhi permintaan ini, Samsung baru2 ini telah melancarkan satu lagi "production line" dalam memenuhi permintaan yang tinggi ini. Dengan pelancaran ini diharapkan pembekalan skrin ini dapat dipenuhi di seluruh dunia. "Production line" ini sebenarnya 2 bulan lebih cepat dari jangkaan ini. Generasi terbaru AMOLED akan digunakan pada line ini, dimana ianya dikatakan 3 kali lebih besar dari generasi sebelumnya. Ini akan mengurangkan kos operasi Samsung dan dapat meningkatkan pengeluaran. Buat masa sekarang, kapasiti pengeluaran skrin ini adalah 3 juta skrin sebulan dan jumlah ini akan meningkat kepada 30 juta skrin sebulan untuk kapasiti penuh. Jumlah dagangan skrin AMOLED ini akan menigkat 3 kali ganda tahun ini kepada US4.26 billion dan dijangka akan mencatatkan US14 billion pada tahun 2015. Mengikut dari perkiraan ini, tidak dapat dinafikan Samsung sanggup melabur sebanyak US5 billion utk meningkatkan p'geluaran AMOLED tahun ini.

No comments: