Sunday, August 28, 2011

Penting Ke Tayang Gambar Sendiri Dalam Blog

Penting ke ? Ada macam2 pendapat. Memang setiap pendapat itu subjektif tapi ada sesetengah pendapat sangat objektif. Ini disebabkan fitrah manusia, fitrah setiap umat manusia sama je walaupun berlainan pendapat. Portrait yang jelas, baru la senang orang nak usya, huhu. Ok, berbalik kepada tayangan gambar sendiri di dalam blog, perlu ke ? Entah, saya kurang pasti tapi kalau ikutkan pendapat peribadi saya, perlu jugak, kenapa ? Menurut pendapat saya la, kalau kita tunjuk siapa tuan punya blog ni, maka lebih ramai orang mengenali kita, bukan sebab tu je, sebab yang paling penting adalah untuk memberi kepercayaan orang ramai terhadap kita. Bila blog tu ada terpampang muka tuan blog, readers akan lebih menerima apa yang kita tulis. Betul ke ? Sama la macam kita nak jual barang atau nak berkawan. Kalau kita tak tunjukkan siapa diri kita yang sebenar, susah untuk orang percaya. At least tunjuk muka. Kalau blog tu penuh dengan tulisan, boring gak, ade je blog yang penuh dengan gambar, tapi gambar mengarut yang diambil melalui Google images. Itu yang tak best. Kalau muka korang macam ni pun ape ade hal. Lebih2 lagi korang yang bukak blogshop. Tunjuk gambar korang dengan jelas supaya orang tak pertikaikannya dan orang percaya kepada blogshop tu. Gambar retro, saya tak malu pun nak letak, hahah. Ok, pendapat korang macam mana pulak ? Bagi saya ok je tapi jangan la sampai korang letak maklumat terperinci pasal diri korang, bahaya tu. Buatnye ada orang yang dengki dengan korang, kan susah, kalo encem xper gaks, kahkahkah.

No comments: