Saturday, August 27, 2011

Panduan Memilih Idea Dan Karakter Blog

Tahniah saya ucapkan jika persoalan ini melintas di fikiran anda. Ini bermakna, anda benar2 serius untuk menjadi seorang blogger berkualiti. Jika soalan ini yang membingungkan anda dan membuatkan tidur malam anda dipenuhi kerisauan apa entri anda keesokkannya, insyaAllah saya akan cuba memberikan sedikit pandangan dari diri saya sendiri bagaimana mahu menjadi blogger yang tidak kehabisan idea untuk entri setiap hari.

Bagaimana Memilih Karakter Blog
Apa itu karakter ? Penting sangatkah karakter ini sehingga merumitkan untuk menjadi seorang blogger ? Karakter menggambarkan blog anda ini sebagai kepada pembaca. Pembaca itu adalah pencari enjin di Google atau sebagainya. Contonya, karakter ini boleh di ambil dari hobi atau minat anda sendiri. Jangan terlupa, setiap blog yang wujud, bermakna mesti mempunyai maklumat yang berharga. Dari hobi dan minat anda, mungkin ada pembaca yang mencari maklumat yang sama minatnya dengan hobi anda tadi. Seperti Suka memasak, suka membaca novel, suka membuat artikel atau cerpen pendek, mengumpul maklumat berupa fakta dan lain2 lagi.

Berkongsi maklumat dari pekerjaan anda
Ini salah satunya cara untuk mencari karakter blog anda sendiri. Setiap hari anda bekerja dan setiap hari anda terdedah dengan info terbaru atau maklumat mengenai pekerjaan anda. Seperti akauntan, pelukis, jurugambar, arkitek, ahli politik, wakil penjual produk atau perkhidmatan, pakar motivasi atau kaunselor, mekanik dan sebagainya. Saya seorang mekanik. Setiap hari kerja saya cuma membaiki kereta atau motorsikal dari pelanggan. Jika saya seorang mekanik, mungkin saya akan berkongsi kepada pembaca atau pencari enjin bagaimana teknik menjaga kereta yang betul atau pun saya berkongsi cara memodifikasikan kereta supaya lebih laju dari kemampuan sedia ada. Dan mungkin juga, dengan berita setiap hari harga petrol kian meningkat, saya berkongsi maklumat bagaimana caranya untuk menjimatkan petrol kereta. Menarik jugakan, sebab berapa ramai orang memiliki kereta di luar sana.

E-diari (Catatan Harian Secara Online)
Adakalanya blogger baru ramai yang memilih untuk mencatitkan segala aktiviti harian mereka didalam blog mereka. Ada blogger yang berkata, blog seperti ini, tidak akan ke mana. Blogger lama itu silap tekaannya. Setiap blog, jika anda tetapkan sesuatu motifnya, pasti ada hasil di akhirnya. Pada blogger baru yang memilih karakter ini, mungkin dinasihati mewarnai dengan segala keceriaan maklumat yang ingin anda kongsi supaya menjadi tarikan kepada pembaca di luar sana. Sebab kita mungkin bukan seorang artis. Tapi adakalanya, setiap entri yang menarik daripada perkongsian kita, lebih popular dari blogger yang karakternya yang suka membuat entri mengenai tutorial blog.

Kesimpulan
Sebenarnya, bila disebutkan mengenai karakter blog atau identiti blog, mungkin terlalu banyak idea untuk diperkatakan. Bagi saya, mudah sahaja. Tanya pada diri anda sendiri. Di mana kekuatan diri anda. Jika anda percaya dan mempunyai karakter dari diri anda sendiri, saya yakin idea sentiasa ada untuk anda tampilkan di dalam entri anda setiap hari jika masa mengizinkan. Bagi saya, seorang pelajar juga mampu menjadi seorang blogger yang sangat baik. Dari apa yang dia pelajari, dia memahami dan cuba menampilkan maklumat dengan gayanya tersendiri. Selain daripada berkongsi maklumat kepada rakan yang lain, dia mungkin dapat menajamkan lagi pengetahuan yang sedia ada. Menarik juga kan ? Ilmu milik Allah. Ilmu yang baik perlulah dikongsi bersama.

No comments: