Wednesday, August 31, 2011

openSUSE 11.2 Kini Lebih Hijau

Setelah percubaan demi percubaan, akhirnya, kini OpenSUSE 11.2 telah pun dilepaskan secara rasminya, yang mana membawakan pelbagai perkara dan fungsi yang serba baru, menjadikan desktop openSUSE anda kelihatan lebih menarik. openSUSE 11.2 yang mengambil masa pembangunan selama 11 bulan ini didatangkan dalam bentuk KDE 4 dan juga GNOME dalam dua variasi iaitu 32-bit serta 64-bit. Secara ringkasnya, openSUSE 11.2 membawakan kernel Linux 2.6.31.5, sokongan sistem fail EXT4, persekitaran desktop GNOME 2.28.0, persekitaran desktop KDE 4.3.1, X.Org 7.4 dan beberapa rekabentuk yang serba baru. Secara ringkasnya, berikut merupakan beberapa perkara baru dalam openSUSE 11.2. Rekabentuk dan grafik serba baru. Ia membawakan antaramuka yang serba baru bagi KDE dan juga GNOME, daripada skrin boot, sehinggalah wallpaper, yang mana kini kelihatan lebih hijau. Sokongan sistem fail EXT4. Kini, EXT4 menjadi pilihan para pembangun distro, yang mana ianya sudah stabil buat masa ini. Pada masa sama, ia juga membawakan sokongan BTRFS. Sokongan pemasangan melalui USB. Kini para pengguna netbook boleh memasang openSUSE 11.2 dengan mudah dengan adanya Live USB dalam variasi KDE dan juga GNOME. WebYaST iaitu sistem pentadbiran berasaskan web ini diperkenalkan pada openSUSE 11.2. Walaubagaimanapun, aplikasi ini masih belum dalam keadaan stabil lagi buat masa ini. Sokongan blog-mikro dan laman sosial. Dengan aplikasi seperti Gwibber (GNOME) dan juga Choqok (KDE), para pengguna boleh menguruskan laman2 sosial seperti Twitter dan Facebook dengan mudah sekali. openSUSE 11.2 boleh dimuat-turun dalam variasi Live KDE4 ataupun GNOME yang mana didatangkan dalam bentuk 32-bit dan juga 64-bit.

No comments: