Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “Mengantuk”. Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi S.A.W untuk menangani gangguan syaitan ketika “Mengantuk” yang menyerang melalui senjatanya “Menguap”. Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah', maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Rasulullah S.A.W memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap berusaha menahannya sedaya upaya. Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk. Hendaklah kita menutup mulut (Samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi S.A.W tidak menetapkan mana2 bahagian). Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (Ke dalam mulut yang terbuka). Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap. Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang, InsyaAllah.
Sunday, August 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment