Saturday, August 27, 2011

Meego 1.2 Akhirnya Diumumkan

Setelah beberapa bulan Meego dalam pembangunan, akhirnya versi Meego 1.2 dilepaskan pada khamis lepas iaitu 19 Mei 2011. Meego iaitu sebuah OS dari komuniti sumber terbuka sebelum ini merupakan sebuah gabungan antara Maemo iaitu sebuah OS dari Nokia hasil dari kernel Linux dan juga Moblin iaitu OS daripada Intel. Project ini mendapat liputan luas pada tahun lepas namun setelah Nokia beralih dengan kerjasama dengan Microsoft, perkembangan Meego dilihat sedikit perlahan namun masih lagi aktif. Meego bukan sahaja mampu untuk digunakan untuk telefon pintar tetapi juga peranti lain seperti laptop, tablet, komputer dan peranti2 lain. Perkembangan Meego nampaknya semakin pantas dengan pengumuman kehadiran Meego 1.3 yang bakal datang tidak lama lagi. Mungkinkah Meego bakal menjadi pesaing Android ? Pengguna Nokia N900 dijangka boleh mencuba untuk install OS ini di peranti mereka tidak lama lagi.

No comments: