Mungkin ramai yang sudah mengetahui akan berita yang mana Linux Foundation mengambil alih kawalan ke atas domain Linux.com pada awal tahun ini, yang mana sebelumnya dijaga oleh SourceForge. Kini, mereka telah pun membawakan rupa baru untuk Linux.com yang mana tampak lebih menarik berbanding sebelumnya.
Rupabentuk baru ini juga membahagikan berita mengikut kategori, selain memperlihatkan beberapa berita utama pada halaman utamanya. Selain daripada itu, kedudukan iklan juga tidak begitu menganggu, malah disusun dengan begitu menarik sekali. Linux.com juga kini memperkenalkan sistem keahlian yang serba baru, yang mana ahli aktif boleh memenangi hadiah2 menarik daripada laman tersebut. Mungkin selepas ini, Linux.com bakal menjadi laman sosial terbesar bagi para pengguna Linux berkomunikasi antara satu sama lain.

No comments:
Post a Comment