Tuesday, August 9, 2011

Linus Torvalds Akui Gunakan Xfce & Menghentam Gnome 3

Sekiranya anda merasakan Gnome 3 (+Gnome-Shell) sesuatu yang sangat berbaloi untuk dicuba, mungkin artikel ini sesuatu yang boleh membuatkan anda berfikir beberapa kali. Linus Torvalds, dalam perbualan di Google+ baru-baru ini tanpa berlapik menghentam perubahan yang dilakukan oleh pembangun terhadap Gnome 3. Antara isu yang sering dibangkit berkenaan Gnome 3 yang menimbulkan kontroversi ialah :-

+ Tiada fail pada desktop (Shortcut etc..)
+ Tiada fungsi restart / shutdown (Secara direct dari menu yang sepatutnya)
+ Tidak menyokong perubahan tema (Secara official)
+ Fungsi maximize & minimize yang 'dihilangkan'

Bagaimana pendapat anda tentang Gnome 3 ?

No comments: