Friday, August 26, 2011

Lihat Rakan FB Anda Di Google Map

Aplikasi Facebook yang popular WhereMyFriends adalah satu aplikasi yang menyokong penggunaan Google Map. Ianya sangat menarik untuk digunakan kerana dapat menentukan lokasi kedudukan sebenar setiap rakan2 anda di Facebook. Anda hanya perlu log masuk ke akaun FB anda dan aktifkan aplikasi ini, dalam masa 1 atau 2 minit, lokasi kedudukan rakan2 anda akan di tentukan dan kemudian akan di tandakan di Google Map. Anda boleh klik pin pada Google Map tersebut untuk menentukan siapakah nama rakan anda yang berada di lokasi berkenaan. Aplikasi ini berkemampuan secara visual menentukan kedudukan geografi rakan2 anda di Facebook. Walaubagaimanapun, jika anda ingin tahu di mana kedudukan asal rakan anda sewaktu mereka mendaftarkan diri di Facebook, mungkin aplikasi Nearby Friends boleh membantu. Sangat menarik untuk di gunakan. Selamat Mencuba & Pastikan Anda Tahu Apa Yang Anda Lakukan.

No comments: