Saya nak berkongsi dengan pembaca tentang sesuatu yang paling besar di dunia yang disebut2 sebelum ini. Pastinya tak lain tak bukan adalah 'Khan Shatyr Entertainment Center' (KSEC), struktur khemah terbesar di dunia. Idea asal khemah ini adalah ilham firma arkitek terkenal dunia iaitu Foster+Partners. Dan paling menariknya, khemah ini terletak di Astana, pusat pentadbiran baru negara Kazakhstan. Sepertimana Putrajaya sebagai pusat pentadbiran baru negara Malaysia yang dipenuhi dengan binaan2 terbaru dengan pelbagai konsep.
Begitu jugalah peluang curahan idea arkitek2 dunia terhadap visi untuk melihat kemodenan di sebalik tanah tandus yang terdapat di Astana ini. Hasilnya adalah sebuah bandar terancang yang moden dan di hujung garisan lurus pusat pentadbiran ini, tersergam megah sebuah struktur khemah yang lut cahaya. Khemah lutcahaya ini berukuran 150 meter tinggi dan berdiameter 400 meter di dalam tapak berkeluasan 140,000 kaki persegi. Kalau di Malaysia, pastinya korang perasan PICC adalah struktur hebat di hujung garisan jalan pusat pentabiran Putrajaya. Projek KSEC ini bermula pada Disember 2006 tdan siap pada 5 Julai 2010.
Di dalam khemah ini ditempatkan taman dengan skala sama seperti bandar2 urban di Barat, pusat membeli-belah, panggung wayang, sungai dengan bot untuk disusuri, 'minigolf' dan sebuah resort pantai secara 'indoor'. Bumbung lutcahaya ini dihasilkan daripada material ETFE, sama sepertimana yang digunakan untuk Allianz Arena di Munich dan juga pusat akuatik Olimpik The Water Cube di Beijing. Idea khemah ini adalah sebagai peluang untuk penduduk di Kazakhstan menikmati suasana musim panas walaupon pada ketika musim sejuk. Kazakhstan adalah sebuah negara yang mempunyai suhu musim sejuk yang sangat ekstrem sehingga -35°C.
Namun di dalam KSEC ini, pengunjung boleh menikmati suhu pada sekitar 15-30°C. Haba di dalam khemah ini dijana melalui konsep rumah hijau melalui kanvas lutcahaya ETFE khemah ini. Syarikat yang bertanggunjawab untuk membina khemah ini adalah Sembol, sebuah syarikat pembinaan gergasi dari Turki. Cara mereka mendirikan tiang gergasi khemah ini adalah dengan membina sebuah menara sementara yang berfungsi untuk menarik tiang statik khemah ini dengan menggunakan kabel dan hidraulik ke kedudukan menegak. Kos pembinaan keseluruhan adalah USD400 Million (RM1.21 billion).

No comments:
Post a Comment