Monday, August 29, 2011

KFC Chicken Chop, Nyummy

Sanggup weh beli KFC Chicken Chop ni semata2 nak dapatkan fold storage bag tu, haha. Kan hari sabtu hari tanpa beg plastik so macam leceh la nak angkut semua barang2 yang baru shopping. Tetibe nak balik ternampak iklan kat atas tu, ape lagi, terus je ajak mak beli chicken chop semata2 nak dapatkan beg tu. Dan itulah first time makan chicken chop KFC. Selama ni tengok je, macam takde rasa nak makan pun sebab bayangkan ayam tu sama je macam ayam KFC biasa.



Dalam kepala, baik pegi makan chicken chop yang betul2 punya. Tapi sangkaan meleset sikit, ayam Chicken Chop KFC ni lagi sedap dari ayam die. Bolehla, kenyang makan. Tapi kalo nak rasa chicken chop betul2, the best chicken chop i ever taste ada kat A.U.2 Keramat, RM7-8 jew, lebih kurang sama harga ngan KFC ni tanpa beg, huhu. Dah lama x makan chicken chop kat keramat tu, terasa rindu la pulak, hahaha.

Masa beli KFC ni kan boleh pulak kakak kat kaunter tu buat2l upa nak bagi beg ni., amboi, nasib bek la cun, haha. Dahla RM16 tu rasanya termasuk harga beg, die leh buat2 lupa. Saya pun apa lagi, memang buat muka tak malu la mintak, dahla orang memang nak kan beg tu, kelakar. Papepun senang ada beg ni, sebab ada tayar. Boleh sorong je.. Pastu boleh lipat jadi kecik, Tiap hari sabtu leh la bawak :)

No comments: