Lebih ratusan ribu permohonan untuk berkhidmat dalam sektor awam pada setiap tahun. adakah mudah untuk memasuki sektor awam ini ? Dalam beribu tu berapa orang yang akan dapat kerja kerajaan ? Adakah anda fikir nak masuk kerja di sektor kerajaan itu mudah ? Sebab utama ramai orang gagal dalam temuduga adalah disebabkan oleh beberapa tanggapan salah, tentang apa sebenarnya yang berlaku semasa sesi temuduga dijalankan. Semua orang tahu yang tujuan utama temuduga adalah untuk penemuduga mencari pekerja yang layak untuk sesuatu jawatan, tetapi tidak ramai orang yang memahami bagaimana temuduga dijalankan dan apakah sebab yang membuat seseorang calon itu lebih layak dari yang lain. Ketidakfahaman ini adalah punca utama seseorang calon itu tidak dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan semasa menghadiri temuduga dan tidak dapat memberi jawapan yang bernas semasa sesi soaljawab dikemukakan oleh penemuduga. Temuduga tidak mempunyai apa2 kelainan dari usaha2 lain dalam kehidupan ini, lebih baik pemahaman anda tentang bagaimana lancarnya sesuatu temuduga dijalankan, adalah lebih tinggi peluang anda menanganinya dengan jayanya. Dengan memahami secara dinamiknya dasar secara semulajadi sesuatu temuduga, adalah satu permulaan yang penting dalam memperbaiki prestasi anda dalam temuduga.
Wednesday, August 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment