Saturday, August 27, 2011

Kapal Terbang Buatan Tangan

Dalam kebiasaan kita menuduh orang dari China suka plagiat, yerla dari kereta, laman web, malah telur. Kita kena mengakui bahawa ada dunia maju sudah mula rasa terancam dengan kebangkitan China. Sebuah negara Asia. Kalau kita tengok sesiapapun, malah kita sendiri, perlu meniru orang lain sebelum mencipta cara kita sendiri. Kalau guru akan cuba meniru gaya guru cemerlang. Kalau tukang masak, akan meniru cara memasak. Kemudian terpulang pada diri sendiri untuk membina gaya tersendiri atau terus dikenali sebagai peniru. Seorang petani telah mencipta sebuah kapal terbang dengan mengambil masa 8 bulan dengan kos rm 3000 dengan menggunakan buatan tangan. Bukan buatan orang yea, hahahaha.

No comments: