Hari ini banyak perkhidmatan jaringan sosial yang dihasilkan sehingga pengguna menjadi rambang mata untuk memilih menggunakannya. Siapa yang tidak kenal dengan Facebook, Twitter, Blogger, MSN/ICQ, Linkedin, GMail, Friendster, MySpace, Tumblr, Google Buzz dan lain2 lagi yang seumpama dengannya ? Walau bagaimanapun, masih ramai antara kita yang tidak mengerti tujuan menggunakan sesuatu perkhidmatan yang disediakan di Internet. Jadi, sama2 kita membaca dan memahaminya.
1. Facebook
Marc Zuckerberg merupakan pengasas laman sosial Facebook yang bermula sejak 4 Februari 2004. Kini, laman ini menduduki kedudukan kedua dalam senarai Alexa menuruti Google. Jenis pengguna : Keluarga, rakan, teman sekerja, rakan kepada rakan dan selebriti. Tujuan/tahap keterbukaan : Berkongsi perasaan, bersama-sama (Get together) dan berbual2 isu awam (Isu2 semasa, idea, pandangan).
2. Twitter
Twitter muncul pada tahun 2006 dengan konsep yang berbeza, iaitu “SMS di Internet”. Perkhidmatan yang ditawarkan ialah jaringan sosial dan blog mikro. Paparan teks sehingga 140 aksara membolehkan pengikut membaca tulisan pemilik twitter. Gambar burung mengangkat paus muncul apabila pelayan Twitter sesak di waktu puncak. Jenis pengguna : Individu yang tidak dikenali dan selebriti. Tujuan/tahap keterbukaan : Jenama peribadi dan bercakap perihal awam.
3. Blog
Frasa blog merupakan kependekan bagi “web log”. Pengaruh blog hari ini cukup kuat kerana mengetengahkan pandangan individu berhubung perkara berkenaan idea, peristiwa, grafik, video dan lain2 lagi yang seumpama dengannya. Menurut Technorati, dianggarkan lebih 112,000,000 blog wujud pada Disember 2007. Pelbagai pilihan perkhidmatan blog yang disediakan. Jenis pengguna : Individu yang tidak dikenali dan selebriti. Tujuan/tahap keterbukaan : Jenama peribadi dan bercakap perihal awam.
4. Email
Mel Elektronik atau lebih dikenali sebagai “E-mel” diperkenalkan kepada pengguna antara tahun 1970-an dan 1980-an. Kemunculan email telah memudahkan urusan orang ramai untuk berhubung berbanding surat menyurat. Perkhidmatan : GMail, Yahoo Mail, Hotmail. Jenis Pengguna : Keluarga, rakan dan teman sekerja. Tujuan/tahap keterbukaan : Hubungan langsung dan dikenali.
5. Pesanan Pantas
Pesanan pantas menyediakan komunikasi antara dua pihak atau lebih dengan tulisan seperti ruangan sembang maya, dengan menggunakan aplikasi klien. Kebiasaannya, bahasa singkatan dan ikon ‘smiley’ digunakan semasa interaksi. Juga, saudara boleh kamera sesawang (Webcam) untuk telesidang dan bermesyuarat. Perkhidmatan : Yahoo! Mesengger, Skype, Google Talk, Windows Live Mesengger. Jenis Pengguna : Keluarga dan rakan. Tujuan/tahap keterbukaan :
Hubungan langsung dan dikenali.

No comments:
Post a Comment