Wednesday, August 24, 2011

Jaga-Jaga, Antivirus Palsu !

Antivirus palsu ? Aplikasi yang membahayakan komputer anda yang menyamar dan menyerupai antivirus sebenar yang boleh mencuri data komputer anda dan menyekat beberapa fungsi komputer anda. Bukan itu saja, ada yang boleh mematikan fungsi atau sistem antivirus serta aplikasi lain seperi internet, Chrome dan lain2. Membuatkan Google Chrome anda crash dengan ini anda perlulah berhati2 memilih antivirus dan jangan bersikap tergesa2 semasa klik sesuatu notis atau iklan.

Antivirus palsu ini kebiasaannya dimulakan untuk memperdaya mangsa dengan memberi notis palsu bahawa kononnya komputer anda sedang dihadapi bahaya. Padahal komputer anda tidak ada apa2 masalah. Jika mangsa terpedaya dengan notis palsu itu mangsa akan klik dan install dan antivirus palsu itu terus masuk ke sistem komputer anda dengan cara yang berlainan bukan seperti anda menginstall perisian lain dan kemudian antivirus anda akan memberi notis bahawa ada sesuatu aplikasi berbahaya iaitu antivirus palsu yang mangsa download tadi.

Apabila korang guna and terkena antivirus palsu ni komputer korang bole gune macam biase tapi tak boleh bukak internet, antivirus sebenar dan taskmanager korang pun dye sekat. Macam2 lagi lah tindakan jahat aplikasi palsu ni. Antivirus palsu ini akan mengeluarkan notis setiap masa dan suruh anda membeli produk palsunya yang konon benar. Kemuadian yang paling leceh, aplikasi palsu ni tidak menyediakan sistem unistall. Membuatkan mangsa tidak boleh memadam aplikasi palsu tersebut.

Walaupun mangsa pergi ke fail asal di fail sistem windows pun jugak x leh padam. Jadi korang kenelah berhati2 jika tengah gunakan internet tu. Bile ade kuar notis kononnyer komputer korang bahaya, jangan layan, melainkan antivirus sebenar yang korang tau. Notis antivirus palsu yang menunjukkan my computer semasa anda guna interne tapi bukan mycomputer anda, sengaja direka bagi memperdayakan mangsa. Bahaya kan..

No comments: