PlayStation Network (PSN) merupakan perkhidmatan Sony yang menawarkan permainan dalam talian secara berbilang pemain dan penghantaran media dalam bentuk digital untuk PlayStation 3 (PS3) dan Portable PlayStation (PSP). Pada 19 April 2011, PSN terpaksa ditutup segera kerana berlakunya kecurian maklumat pemilik akaun PSN. Penutupan PSN hampir sebulan telah menimbulkan tanda tanya kepada pelanggan berhubung status PSN kerana tiada pemberitahuan dilakukan oleh Sony. Hal ini memaksa Hirau Kazuo (President PlayStation) dan Howard Stringer (CEO Sony) memohon maaf secara rasmi atas kehilangan maklumat penting pengguna akibat pencerobohan PSN.
Dilaporkan bahawa hampir 70 juta data pengguna PSN telah dicuri. Data tersebut melibatkan nama, alamat, alamat emel, tarikh lahir, ID dan kata laluan PSN pengguna. Sebagai langkah keselamatan, PSN dan Qriocity telah menutup perkhidmatan PSN segera tanpa memaklumkan kepada pelanggan. Pada 14 Mei 2011, Sony telah membuka semula perkhidmatan PSN kepada pelanggan dengan mewajibkan perubahan kata laluan akaun. Walau bagaimanapun, keesokan harinya berlaku gangguan perkhidmatan PSN di Jepun dan Asia Tenggara. Sony telah menghantar ralat 0x8002A227 kepada beberapa pemilik PS3 yang melakukan ‘Jailbreak’ PS3 di Amerika dan Eropah.
Hal ini mengakibatkan pemilik disekat terus daripada PSN seumur hidup. Selepas itu, Sony telah mengambil tindakan drastik untuk mendakwa George Hotz, 22 tahun (Lebih dikenali sebagai Geohot). Beliau merupakan penggodam yang cukup dikenali dengan hasil kerja menggodam peralatan tegar (Firmware) iPhone dan PlayStation 3. Penyebaran cara ‘Jailbreak’ PS3 di Internet telah menyebabkan kerugian dan cetak rompak kepada Sony. Walaubagaimanapun, Geohot memberi 3 alasan bahawa kerja2 ‘Jailbreak’ yang dilakukan beliau sama sekali tidak melibatkan usaha cetak rompak permainan PS3.
Tidak pernah bermain secara dalam talian di PSN, akaun pun tiada dan tidak menggodam apa2 yang tidak dimilikinya. Sony menjejaki Geohot menerusi akaun PayPalnya dengan memohon sepina daripada mahkamah. Hasilnya, beliau telah ditemui, disaman dan dihadapkan di mahkamah. Hal ini menyebabkan sebilangan besar pemilik PS3 yang menyokong kerja2 ‘Jailbreak’ Geohot berasa tidak berpuas hati dan melakukan protes senyap terhadap Sony. Amarah yang tidak dapat dibendung oleh komuniti penggodam disalurkan dalam bentuk serangan demi serangan terhadap PSN.
Peristiwa ini berlarutan sehingga sebulan dan memberi tamparan hebat kepada sekuriti Sony. Geohot pada masa yang sama menafikan penglibatannya dalam kerja2 menggodam PSN. Menurut Kotaku, Sony mengalami kerugian lebih kurang USD170 juta akibat penggodaman PSN. Akhirnya, Sony terpaksa menyerah ‘kalah’. Kes saman Sony Computer Entertaiment America terhadap Geohot diselesaikan di luar mahkamah. Selepas kejadian tersebut, Sony cuba mengendurkan ketegangan dengan penggodam PS3. Pemilik2 akaun PSN di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman dan Sepanyol dan Itali diberi insentif permainan percuma dan tambahan tempoh masa untuk kandungan premium.
Usaha ini tidak lebih daripada menjaga hati pemilik PS3. Antara tawaran insentif yang disediakan Sony ialah 2 permainan video daripada 5 pilihan boleh dimuat turun secara percuma, iaitu Dead Nation, inFAMOUS, LittleBigPlanet, Super Stardust HD, Wipeout HD + Fury. Pemilik PSP boleh memuat turun secara percuma 2 daripada 4 permainan video seperti LittleBigPlanet, ModNation Racers, Pursuit Force / Killzone Liberation. Pelan Program Perlindungan Identiti selama 12 bulan secara percuma termasuk bantuan dan perlindungan insurans. Kebenaran akses pilihan filem secara percuma.
Tindakan Sony menyaman Geohot merupakan langkah kurang bijak. Mana2 negara, organisasi atau institusi biasanya akan menawarkan penggodam untuk berkhidmat di bawah mereka. Bakat penggodam dihargai dan digunakan untuk menghasilkan inovasi baharu dalam sekuriti. Hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan kredibiliti Sony terhadap bakat2 baharu dalam bidang sekuriti. Baru2 ini Sony pernah menawarkan kerja kepada Koushik Dutta, seorang penggodam Android sebagai Jurutera Perisian dalam pasukan R&D Sony. Walau bagaimanapun, tawaran tersebut telah ditolak mentah2 secara sinis dengan memberi alasan Sony pernah menghukum Geohot.

No comments:
Post a Comment