Friday, August 26, 2011

Iran Mencipta Internet Sendiri

Seperti yang telah diketahui umum, Iran merupakan salah satu negara Islam yang masih bertahan dengan serangan2 secara ‘mental’ oleh negara2 musuhnya. Bagi memastikan keselamatan negara dan rakyatnya, pihak pemerintah Iran telah menyediakan langkah keselamatan yang agak kurang disenangi oleh negara barat terutamanya. Walaupun bukannya sebuah negara yang ‘amat’ maju dari segi teknologi dan ekonominya, Iran tetap dapat bertahan walaupun ‘dihukum’ dengan pelbagai sekatan. Belajar dari apa yang telah berlaku di negara Mesir dan bagaimana tumbangnya kerajaan Hosni Mubarak, pemerintah Iran dilaporkan akan menghadkan rakyatnya dari menggunakan internet. Projek yang akan dilaksanakan oleh kementerian komunikasi negara itu dijangka mengambil masa dua tahun untuk dilaksanakan sepenuhnya. Rancangan projeknya ini mensasarkan untuk memutuskan terus rakyatnya dari menggunakan internet yang sedia ada dan menggantikan dengan internet rekaan kerajaan Iran sendiri. Ini bermakna, rakyat Iran akan hanya dapat menggunakan kemudahan internet yang telah ditapis sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Tindakan ini diambil bagi memastikan rakyat Iran tidak terpengaruh dengan propaganda barat dan dalam pada masa yang sama, meningkatkan pengetahuan dan teknologi maklumat mengikut acuan mereka sendiri.

No comments: