Monday, August 1, 2011

Gunakan Facebook Sebaik Mungkin

Hari ni saya bercuti sehari rehatkan minda dan badan yang begitu penat. Bulan lepas sudah merancang untuk bercuti tetapi ditolak pula oleh majikan atas sebab tiada orang di pejabat. Tiba-tiba pula saya teringat dengan Facebook yang ada disuarakan oleh kerajaan kita baru2 ini di dalam radio semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Lupa pula saya, siapa yang suarakannya. Tetapi yang pasti, ia berkenaan penggunaan Facebook oleh rakyat Malaysia sekarang yang begitu banyak dan semakin popular. Kerajaan menyarankan supaya pengguna Facebook lebih berhati2i dalam bersosial. Kerajaan menekankan mengenai hal keselamatan negara kerana dikuatiri ada sesetengah dari mereka membocorkan hal2 berkaitan keselamatan negara kita. Moga kita semua menggunakan Facebook dengan berhemah dan tidak menyalahgunakannya pula. Anda punya pendapat mengenai penggunaan Facebook ? Boleh kongsikan di sini.

No comments: