CyberSecurity Malaysia sudah mengenalpasti pihak bertanggungjawab menggodam laman web kerajaan dan swasta, sejak beberapa hari lalu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Leftenan Kolonel (B) Datuk Husin Jazri yang enggan mendedahkan maklumat lanjut berkata, ia hasil kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau berkata, sehingga kini serangan penggodam masih lagi berlaku tetapi semakin berkurangan. Kebanyakan laman web yang digodam kembali beroperasi dan hanya segelintir yang masih belum pulih.
Bagaimanapun, portal kerajaan www.malaysia.gov.my sudah beroperasi seperti biasa. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mendedahkan sebanyak 61 laman web dengan domain gov.my diserang, menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap berbeza. Serangan itu dikesan lebih awal daripada ancaman sekumpulan penggodam antarabangsa yang menggelar diri mereka ‘Anonymous’ untuk menyerang portal kerajaan www.malaysia.gov.my melalui ‘Operation Malaysia’.
Mengulas lanjut Husin, berkata setakat ini, tiada maklumat atau data milik kerajaan hilang dan dirosakkan oleh penggodam. Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai serangan penggodam hanya boleh diperoleh selepas ia dihentikan dan siasatan serta ‘post mortem’ dilakukan pihaknya. Sehubungan itu, beliau menasihati semua pemilik sistem berwaspada bagi memastikan keselamatan laman web mereka. Siasatan awal mendapati 90 peratus serangan dilakukan penggodam tempatan.
Serangan itu menyusahkan rakyat dan seolah2 mempunyai kaitan politik serta Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH). Daripada 198 laman web di negara ini yang digodam, 60 adalah milik kerajaan dan agensinya. Sebahagian besar laman web itu sudah dipulihkan. Kerajaan mahu Jabatan Peguam Negara, SKMM dan agensi lain bekerjasama bagi memudahkan pengumpulan bukti mendakwa pihak bertanggungjawab. Rakyat tempatan yang dikenal pasti terbabit dalam menggodam laman web kerajaan.
Dilabel sebagai penderhaka negara kerana tindakan mereka bermatlamat menghancurkan kerajaan. Katanya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap pihak terbabit termasuk melucutkan taraf kewarganegaraan jika terbukti mereka melakukan perbuatan yang boleh dianggap tindakan subversif. Mereka yang melakukannya boleh dianggap menderhaka kerana berniat menghancurkan negara. Tapi bak kata pepatah melayu, kalo xde angin masakan pokok bergoyang kan, fikir2kan la !

No comments:
Post a Comment